Laman Utama

Nyanyi Semula Lagu Zaiton Sameon, Mafarikha; "Tak Usah Banding-Bandingkan, Kalau Boleh..."

gempak
Amri Hassan
08/06/2021
12:18 MYT
Sponsor Banner
Nyanyi Semula Lagu Zaiton Sameon, Mafarikha; "Tak Usah Banding-Bandingkan, Kalau Boleh..."
Penyanyi Mafarikha tampil merakamkan semula lagu yang pernah dipopularkan Zaiton Sameon, Kabut Serangkai Mawar.
Kongsi Mafarikha, 29, dia berdepan cabaran untuk merakamkan lagu terbabit disebabkan penjiwaan selain cuba mendapatkan notasi lagu yang betul.
"Antara perkara yang saya paling risau ialah untuk menyanyikan lagu ini secara live sampai habis.
"Selain daripada itu, saya mengambil tempoh yang lebih panjang untuk rakam lagu ini berbanding lagu yang pernah saya nyanyi sebelum ini untuk mendapatkan notes dan phrase yang terbaik.
"Kalau nak ikutkan, ini antara lagu paling susah saya pernah nyanyi kerana bila tempo sudah di turun kan, kita kena sustain note tu lebih lama. Mungkin part climax dan chorus yang terakhir kerana dia back to back high notes.
"Penjiwaan datang daripada pengalaman hidup yang saya jarang berkongsi. Bila kita gembira kita akan enjoy the song, tapi bila kita sedih kita akan fahamkan lirik.
"Saya fahamkan lirik dan buat sedikit research tentang lagu ini, kebetulan lebih kurang dengan situasi yang saya pernah lalui," katanya.
Biarpun tidak pernah bertemu dengan Zaiton, Mafarikha memahami keperitan hidup yang dilalui penyanyi legenda itu melalui filem Zaiton Ceritaku yang dilakonkan semula oleh Nadia Aqilah.
"Saya harap lagu ini dapat mengingatkan generasi baru tentang kegemilangan karya-karya lama yang puitis dan banyak menyentuh perasaan sambil menerima susunan yang lebih moden.
"Kalau boleh tak usah banding-bandingkan, biar kedua versi pun boleh diingati," ujarnya yang pertama kali bekerjasama dengan Luncai Emas.
Untuk rekod, lagu asal Kabut Serangkai Mawar dicipta oleh Datuk M. Nasir pada tahun 1988 dan kali ini digubah semula oleh Ashraf Aasimudin.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024