"Nyanyi Sikit Pun Dah Rasa Pedih" - Jeslina Hashim Dedah Punca Peti Suara Rosak
Amri Hassan
30/08/2018 07:13 MYT
30/08/2018 07:13 MYT
Penyanyi Jeslina Hashim mengakui rindu untuk kembali membuat persembahan namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkannya.
Kata Jeslina, 40, peti suaranya rosak sejak empat tahun lalu dan dinasihatkan doktor pakar untuk tidak menyanyi.
"Rindu memang rindu nak kembali menyanyi tambah-tambah pula apabila melihat Maya Karin menyanyi.
"Bayangkan, semua lagu saya dalam album termasuk Ku Intai Cinta Dalam Rahsia pun tak dapat saya nyanyikan sekarang.
"Kalau menyanyi sikit pun akan rasa pedih-pedih.
"Tetapi, doktor mengesahkan peti suara saya bermasalah, membengkak dan seakan-akan sudah rosak.
"Puncanya mungkin kerana asid berlebihan daripada perut ekoran penyakit gastrik saya sebelum ini," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton filem Munafik 2 di e@Curve, Damansara baru-baru ini.
Namun, kata Jeslina dia masih membuat pemeriksaan berkala bagi memulihkan peti suaranya itu.
Jeslina hadir bersama teman lelakinya, Tunku Eddy Nasruan Adli bagi memberikan sokongan buat produksi Munafik 2 walaupun akui dia seorang yang penakut.
"Saya memang penakut tetapi tetap bertegas nak tengok juga filem ini. Mujurlah ada yang sudi temankan," tambahnya.