gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Adik Bercinta Dengan Qistina Raisah, Ini Pesanan Mira Kuku - “Budak 2 Orang Itu, Spender Pun Mak Bapa Belikan”
HIBURAN
Dikecam Pakai Seksi Ketika Buat ‘Live’ TikTok, Kali Ini Erissa Puteri Tak Berdiam Diri - “Daripada Korang Tegur Macam…”
HIBURAN
Hafiz Suip Sudah Bercerai Pada Mei, Jaga Hubungan Baik Dengan Bekas Isteri Demi Anak - “Tipulah Kalau Kata Saya…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Nyanyian Amsyar Lee Di Pentas ‘Sing Asia’ Dapat Pujian Netizen - “Susah Nak Dapat Penyanyi…”

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
24/05/2025
07:55 MYT
Sponsor Banner
Nyanyian Amsyar Lee Di Pentas ‘Sing Asia’ Dapat Pujian Netizen - “Susah Nak Dapat Penyanyi…”

Penyanyi, Amsyar Lee berjaya menarik perhatian warganet menerusi nyanyiannya di sebuah pertandingan nyanyian di China iaitu Sing Asia.

Menerusi sebuah potongan video yang dikongsikan di TikTok, Amsyar difahamkan telah menyampaikan lagu Cinta nyanyian asal Marsha Milan Londoh.
Nyanyiannya yang memukau telah melayakkan Amsyar atau Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri telah berjaya mara ke pusingan seterusnya.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terpukau dengan gaya nyanyian dia dan memuji vokal pelantun lagu Buai itu.
“Dalam diam, kami rakyat Malaysia doakan Amsyar.
“Hebat dia control headvoice tu.
“Ingat dia buat-buat ke suara dia. Haaa amik dia terus on stage, oversea lagi.
“Jessie J pun wow.
“Kenapa best sangat ni.
“Jelas sebutan walaupun jerit, nafas panjang, susah nak dapat penyanyi macam ni,” komen netizen.
Menerusi episode sama, Amsyar juga difahamkan menyampaikan lagu Ku Bersuara dan berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Sekadar info, Amsyar telah melalui proses saringan secara tertutup dan dipilih oleh pihak produksi Sing Asia kerana merasakan dia mempunyai suara yang unik.
Sing Asia merupakan program nyanyian yang bertujuan mencari dan mengasah bakat penyanyi muda di Asia.

Menariknya, program ini diadakan di atas kapal persiaran mewah yang akan berlayar di Okinawa (Jepun), Ha Long Bay (Vietnam), Singapura, Klang (Malaysia), sebelum kembali ke Hong Kong.

Selain Jessie J, nama besar lain yang turut terlibat dalam rancangan ini ialah penyanyi pop China Zhang Liangying, ikon pop Jepun Kudo Shizuka, dan pemenang empat Anugerah Golden Melody, Tanya Chua.

Program ini akan mula disiarkan pada 23 Mei menerusi platform iQIYI.

Topic Berkaitan
#peminat
#Nyanyian
#Amsyar Lee
#Sing Asia
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement