Berita

"Nyanyian Daripada Banduan-Banduan Menghargai Petugas" - DG Noor Hisham Kongsi Video Buat Ramai Sebak

gempak
Badrul Hashim
05/11/2020
08:00 MYT
Sponsor Banner
"Nyanyian Daripada Banduan-Banduan Menghargai Petugas" - DG Noor Hisham Kongsi Video Buat Ramai Sebak
Petugas barisan hadapan atau frontliners adalah mereka yang mempertaruhkan nyawa mereka demi menyelamatkan rakyat Malaysia yang sedang menghadapi wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia.
Satu kluster besar yang pernah mengejutkan ramai adalah Kluster Tembok di Penjara Alor Setar, Kedah. Semalam, petugas-petugas barisan hadapan selesai menjalankan tugas menyaring dan menguji para banduan dan mereka yang terlibat.
Itulah yang dikongsikan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di Twitter dan Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia melalui satu klip video TikTok.
Klip video tersebut benar-benar mengundang rasa sebak kepada yang melihatnya apabila para banduan menyanyi lagu beramai-ramai mengiringi para petugas keluar daripada penjara.
"Penghargaan kpd petugas kesihatan barisan hadapan yg selesai menjalankan amanah menyaring & menguji Kluster Tembok di Penjara Alor Setar.
"Selesai bertugas mereka keluar diiringi nyanyian drp banduan2 menghargai keringat setiap petugas. Frontliners You Are The Real Heroes," tulis Tan Sri Dr Noor Hisham. Kluster Tembok adalah kluster Covid-19 terbesar ketiga setakat ini di Malaysia dengan 1,753 kes dikesan, termasuk lapan kes baru hari ini, daripada 9,056 orang yang diuji.
Daripada jumlah itu, 304 kes masih menerima rawatan, termasuk empat di unit rawatan rapi.
Kluster ini pertama kali dikesan selepas seorang pegawai penjara mula menunjukkan gejala Covid-19 pada 21 September dan meninggal dunia pada 28 September.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live