Nyanyikan Single Baharu, Ini Senarai Lagu Konsert Akhir AF Megastar

Kamaruddin Razal
Oktober 21, 2017 10:02 MYT
Konsert AF Megastar minggu ini sudah sampai ke peringkat akhir dan diteruskan dengan dua tema iaitu single baharu dan lagu bebas.
Seramai lima bintang yang berjaya mara telah memilih dua buah lagu untuk persembahan mereka nanti.
Lima bintang tersebut adalah Bob, Idayu, Marsha, Shahir dan Syamel.
Sama seperti minggu separuh akhir, bintang-bintang itu akan mempersembahkan dua buah lagu.
Bezanya kali ini mereka akan tampil dengan sebuah lagu baru.
Lagu itu bakal menjadi single terbaharu bintang-bintang tersebut.
Istimewanya lagi, beberapa penyanyi popular bakal muncul untuk membuat persembahan pada malam kemuncak AF Megastar.
Berikut merupakan senarai lagu yang bakal dinyanyikan oleh bintang AF Megastar malam tersebut:
Bob
Single baharu: Terbuang Dalam Pelukan
Komposer - Hafiz Hamidun
Lirik - Bob Yusof
Lagu pilihan : Bukan Dia Tapi Aku - Judika
Marsha
Single baharu : Hilang
Komposer - Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid
Lirik - Ezra Kong, Omar K, Dilyla Khalid
Lagu pilihan : Pilihlah Aku - Krisdayanti
Idayu
Single baharu: Selamanya
Komposer - Amylea Azizan
Lirik - Amylea Azizan
Lagu pilihan: My All - Mariah Carey
Syamel
Single baharu: Biar Cinta
Komposer - Syamel
Lirik - Syamel
Lagu pilihan : Seniman Menangis - Jamal Abdillah
Shahir
Single baharu: Mama Jangan Pergi
Komposer - Shahir & Awi Rafael
Lirik - Shahir & Awi Rafael
Lagu pilihan : Tapi Bukan Aku - Kerispatih
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#AF Megastar