Hujung minggu lalu, penduduk dan pengunjung Pulau Langkawi, Kedah gempar apabila lokasi peranginan dan percutian popular tersebut dinaiki air sehingga menyebabkan musibah banjir.

Selain 31 kawasan yang terjejas, musibah itu turut menyebabkan 43 pendaki dan jurupandu terperangkap di kawasan rekreasi air terjun Telaga Tujuh akibat kejadian kepala air.

Kejadian bencana alam itu turut mengejutkan usahawan dan selebriti popular, Neelofa yang baru sahaja pulang daripada bercuti di pulau yang terkenal dengan legenda Mahsuri itu bersama suami dan anak.

Ketika berpeluang bertemu dengannya, Neelofa berkata, dia berasa sangat terkejut apabila membaca berita tentang kejadian tersebut.

Hal ini kerana, musibah banjir yang melanda Langkawi berlaku sebaik sahaja mereka selesai bercuti dan pulang ke Kuala Lumpur.

“Memang terkejut… Ceritanya, siang hari tu sebelum kami pulang, saya dan suami ada perasaan keadaan air laut yang agak berlainan seperti biasa.

“Apa yang peliknya, ombak di pesisiran pantai berhadapan dengan vila tempat kami menginap bukan main kuat.

“Air pula seperti sedang pasang, macam waktu Subuh tu.. walhal waktu tu dah tengahari. Kami macam tak sedap hati. Sekali tengok esoknya banjir,” katanya kepada Gempak.

Untuk rekod, percutian ke Langkawi berkenaan merupakan percutian pertama Neelofa dan suami selepas dia mendedahkan wajah anaknya, Muhammad Bilal kepada umum.

Dalam perkembangan lain, Neelofa bakal kembali mengemudikan program bual bicaranya, Next To Neelofa 2.

Antara tetamu-tetamu undangan yang membuat penampilan menerusi musim kedua Next To Neelofa termasuklah Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah, Tya Arrifin, Ustazah Oki Setiana Dewi dan ibu Neelofa sendiri, Datin Noor Kartini.

Saksikan musim kedua Next To Neelofa bermula pada 22 Oktober 2022 pada setiap hari Sabtu pada jam 10 malam di saluran Astro RIA. Untuk pilihan lebih fleksibel, strim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan ini di Astro.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!