Laman Utama

Nyaris Dedah Payudara Ketika Konsert Jelajah, Penari Latar Selamatkan Beyonce Daripada Tanggung Aib

gempak
Izwan Isa
25/06/2023
11:50 MYT
Sponsor Banner
Nyaris Dedah Payudara Ketika Konsert Jelajah, Penari Latar Selamatkan Beyonce Daripada Tanggung Aib
Penyanyi Beyonce hampir mendedahkan payudaranya ketika sedang mengadakan persembahan menerusi konsert jelajah Renaissance di, Hamburg, Jerman baru-baru ini.
Beyonce, 41, yang sedang menyanyikan lagu Break My Soul pada ketika itu mengenakan gaun berona merah jambu daripada jenama pakaiannya sendiri, Ivy Park.
BACA: Beyonce, Jay-Z Beli Mahligau Termahal Di California, Harga Cecah RM907 Juta
Sedang asyik membuat persembahan, salah satu tali pada gaun yang disarungkan mula melucut.
Nasibnya baik, salah seorang penari latar bagi persembahan berkenaan segera datang ke arahnya dan menghadang Beyonce daripada dilihat oleh penonton yang hadir.
Dia memegang tangan Beyonce dan meletakkannya di bahagian atas pakaian berlabuci berkenaan sebagai tanda penyanyi itu perlu memperbetulkan tali yang telah tertanggal.
Momen tersebut sempat dirakamkan oleh penonton dan peminat.
BACA: "Thank You So Much Sayang" - Ernie Zakri Tak Sangka Dapat Tonton Konsert Beyonce, Paling Special Pergi Dengan Suami
“Profesionalisme, kepantasan, kesederhanaan dalam pergerakannya meletakkan tangannya sendiri di tempat yang dia perlu tutup! Terlalu bagus,” komen seorang peminat.
“Sekarang itu adalah bakat. Ketika dia melihat sesuatu berlaku dan tidak terlepas sebarang rentak semasa membuat persembahan dan membenarkannya membetulkannya. Love Les Twins,” tambah seorang lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live