Pelakon Balkisyh Semundur Khan terpaksa meminta nasihat beberapa orang doktor pakar sebelum mengambil keputusan menerima vaksin Covid-19.

Kata Balkisyh Semundur ia kerana sejak dahulu lagi dia mempunyai alergi kepada bahan suntikan sehingga membahayakan nyawanya.

“Alhamdulillah..kami cuba juga untuk ambil vaksin..setelah beberapa orang doktor pakar berbincang tadi di HKL (Hospital Kuala Lumpur).

“Bukan senang mereka nak buat keputusan tadi..berapa ramai doktor pakar mereka rujuk dan bincang sebab badan saya memang tak boleh terima apa-apa suntikan..

“Saya ada allergic yang tahap kritikal..dah pernah jadi suatu ketika dahulu yang mana nyawa saya hanya 50/50…

“Alhamdulillah waktu tu saya diberi kekuatan sebab tu bukan senang nak buat keputusan..,” katanya.

Pelakon yang popular dengan drama Mak Cun itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Balkisyh bagaimana pun berharap suntikan yang diterima untuk vaksin Covid-19 ini tidak menerima nasib yang sama seperti sebelum ini.

“Doakan saya selamat dan tiada kesan sampingan yang teruk..Terima kasih frontliner,” luahnya.

A post shared by Balkisyh Semundur Khan (@qalesyakiss)