READ
“Obses Kurus Saya Pernah Sampai Pengsan dan Masuk Wad.” — Rosma Dedah RAHSIA Berat Badan Turun Sebanyak 10 Kilogram
Oleh: Afiza Kamarulzaman
SETAIP kali scroll facebook, pasti sekali dua akan muncul video viral rosma bercerita tentang kelangsingan dan produk kurusnya itu; buat saya teruja untuk mengetahui lebih lanjut bagaimana rosma menurunkan berat badannya sehingga selangsing sekarang ini! “Cemburu!” kata saya kepada Rosma sebaik dia muncul di pintu studio.
Melihatnya secara live, ternyata dia lebih ‘kecil’ berbanding di videonya. selain sibuk dengan rutin di pejabat memasarkan produk Magic Slims bersama suaminya, khai, dan menjaga kedua-dua anaknya, rosma kini sedang menunggu tarikh sesuai untuk melancarkan single barunya nanti. “alhamdulillah, sudah siap sepenuhnya lagu ciptaan Edry Abd Halim yang diberi tajuk sumpah setia.”