Obses Pennywise, Ramai Kagum Tengok Syeriv Jadi IT - “Pandai Mimik Muka, Kalau Budak Lain Takut Dah”

Mya Amri
Disember 31, 2020 00:15 MYT
Anak pasangan pelakon Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam, Syeriv menjadi perhatian warga maya.
Ini kerana Syeriv menggayakan kostum menerusi watak filem terkenal IT, Pennywise untuk menghadiri satu majlis.
Menerusi posting terbaharu di akaun instagram Syatilla, foto yang dikongsi itu merakamkan gelagat Syeriv yang comel sewaktu menggayakan kostum berkenaan.
“Anak bubu menang pakaian terbaik untuk kanak-kanak.
“Dia memang obses gila dengan karakter Pennywise (IT clown),” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi akaun Instagram anak lelakinya pula, satu video disebalik tabir yang merakamkan Syeriv sedang disolek juga turut di muat naik.
Ternyata warga maya menyatakan rasa kagum melihat mimik wajah Syeriv yang meniru gaya senyuman ‘seram’ watak itu sebaik sahaja siap disolek.
Tidak kurang juga ada yang memuji Syeriv memiliki bakat lakonan daripada kedua ibu bapanya.
“Senyum macam real aktor!” komen @syafaznana
“Syeriv ni pandai main mimik muka,” coret @milla__emma
“Beraninya Syeriv, anak saya lelaki umur 7 tahun paling takut Pennywise,” kongsi @aunniemohduhud
Untuk info: Syatilla dan Sam telah mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syeriv Samheizy dan Sarima Samheizy.
#Anak #Shaheizy Sam #Syatilla Melvin #Syeriv Samheizy