Offer Diri Jadi 'Jenazah', Tindakan Sempoi Fazley Dipuji Netizen - "Untung Anak-Anak ..."
Kesediaan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menjadi jenazah untuk kelas pengurusan jenazah anak-anaknya di sekolah menerima pujian wargamaya.
Kata Fazley, dia secara sukarela menawarkan dirinya untuk menjadi jenazah saat ditanyakan oleh ustaz yang mengajar anak-anaknya. Malah jelasnya, suatu hari nanti pasti dia juga akan berdepan situasi yang sebenar.
“Ramai pula tanya saya, yes betul. Saya tak tipu. Petang ni kelas praktikal #Mandijenazah anak-anak saya dengan ustaz diaorang.
“Ustaz tanya sama ada nak tengok video atau penerangan sahaja. Saya cakap, buat je latihan betul-betul, kemudian ustaz tanya jenazah kita buat macam mana? Patung ke? Saya cakap, ‘Takpe, biar saya jadi jenazahnya, satu hari nanti nak kena buat betul-betul jugak kan?” tulisnya.
Fazley yang juga bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-8 (GV8) berkongsi perkara tersebut menerusi satu muat naik di Instagram miliknya.
Dalam pada itu, rata-rata netizen yang singgah ke ruangan balas memuji keberanian yang ditunjukan Fazley.
Malah tidak kurang juga yang menganggap ia adalah satu tindakan yang baik untuk memberi pendedahan kepada anak-anak.
“Allahuakhbar. Anak-anak perlu didedahkan ilmu ini. Seorang ayah yang sangat prihatin,” kata seorang wargamaya.
“Terbaik Datuk. Walaupun terasa sebak, saya rasa tindakan Datuk memang bijak. Bertuah anak-anak. Semoga dipermudahkanNya program petang ini,” komen seorang netizen.
“SubhanAllah...Tahniah Datuk, semoga menjadi pelajaran amali yang paling berkesan kepada anak-anak dan 'jenazah' pinjaman tu,” tulis seorang warganet.