"Officially Mommy Of Two" - Nadya Syahera Dapat Anak Kedua

Amri Hassan
Februari 11, 2018 09:26 MYT
Pelakon yang popular menerusi drama bersiri Dia Semanis Honey, Nadya Syahera telah selamat menimang cahaya mata kedua pada 7 Februari lalu.
Menurut Nadya, bayi lelaki seberat 2.85 kilogram itu dilahirkan di Hospital Pakar DEMC Shah Alam dan diberi nama Mohamad Dayyan.
Nadya mengumumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya dan satu akaun Instagram khas untuk anaknya, @dayyanfn semalam.
"Assalamualaikum dunia. Syukur Mohamad Dayyan dilahirkan pada jam 8.08 malam 7 Februari 2018.
"11 bulan beza dengan kakaknya, @aleenarose," tulisnya.
Nadya telah mendirikan rumah tangga dengan Fizul Nawi pada 25 September 2016 dan melahirkan cahaya mata sulungnya pada awal Mac 2017.
Tahniah diucapkan kepada Nadya dan Fizul atas kelahiran cahaya mata kedua ini. Selamat berpantang!
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @nadyasyahera
#Anak #Bersalin #Nadya Syahera