Skip to main content

Budaya Popular

Ogy Ahmad Daud Pernah Disihir Selepas Kahwin - “Jumpa Patung Muka Sendiri…”

astrogempak_ogy-ahmad-daud.jpg

Menerusi perkongsian di podcast X’Klusif, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Ogy menyatakan dia sering menerima gangguan seperti melihat makhluk halus di samping selalu berasa marah.

“Saya jumpa patung muka saya ditanam depan rumah saya. Masa itu saya beberapa bulan menikahi Eman Manan. Sebab saya selalu nampak benda-benda yang tak sepatutnya saya nampak.

Bercerita lebih lanjut, pelakon filem Azura itu berkongsi perkara itu berterusan sehinggalah dirinya dibantu oleh isteri kepada aktor Datuk Tarmimi Siregar yang memanggil seorang imam untuk memutuskan sihir tersebut.

“Perkara itu berterusan sehinggalah isteri Datuk Tarmimi Siregar, Tengku Asmah, dia panggil imam Masjid Kampung Baru datang rumah saya.

“Imam masjid tu datang rumah saya dia masuk sahaja dia kata ‘ada benda dekat depan tu, korek sekarang’. Jumpa patung tu, dibalutnya dengan kain kafan dan penuh dengan jarum-jarum.

“Itu kali pertama saya tengok, lepas tu saya disuruh buang benda tu. Dia (Imam) suruh saya cari tujuh masjid, pergi mandi apa semua dan dia suruh saya buat solat sunat taubat,” katanya.

 

Must-Watch Video

Advertisement