HIBURAN

Ogy Ahmad Daud Pernah Disihir Selepas Kahwin - “Jumpa Patung Muka Sendiri…”

Umirah Halim 01/03/2025 | 13:55 MYT
Seniwati Fauziah Ahmad Daud mendedahkan dia pernah disihir selepas beberapa bulan mendirikan rumah tangga.

Gangguan makhluk halus

Menerusi perkongsian di podcast X’Klusif, Fauziah atau lebih mesra disapa sebagai Ogy menyatakan dia sering menerima gangguan seperti melihat makhluk halus di samping selalu berasa marah.

“Saya jumpa patung muka saya ditanam depan rumah saya. Masa itu saya beberapa bulan menikahi Eman Manan. Sebab saya selalu nampak benda-benda yang tak sepatutnya saya nampak.

“Dalam proses (disihir) memang saya rasa berbeza. Rasa malas nak pergi kerja, nampak benda-benda tak sepatutnya, tiba-tiba rasa nak macam nak marah tanpa sebab, emosi tak stabil, itu yang saya lalui,” kongsinya.

undefined

Bercerita lebih lanjut, pelakon filem Azura itu berkongsi perkara itu berterusan sehinggalah dirinya dibantu oleh isteri kepada aktor Datuk Tarmimi Siregar yang memanggil seorang imam untuk memutuskan sihir tersebut.

“Perkara itu berterusan sehinggalah isteri Datuk Tarmimi Siregar, Tengku Asmah, dia panggil imam Masjid Kampung Baru datang rumah saya.
“Imam masjid tu datang rumah saya dia masuk sahaja dia kata ‘ada benda dekat depan tu, korek sekarang’. Jumpa patung tu, dibalutnya dengan kain kafan dan penuh dengan jarum-jarum.
“Itu kali pertama saya tengok, lepas tu saya disuruh buang benda tu. Dia (Imam) suruh saya cari tujuh masjid, pergi mandi apa semua dan dia suruh saya buat solat sunat taubat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Banyak Kenangan, Kak Ogy Tak Kuat Nak Tonton Filem 'Hati Batu' - "Saya Boleh Mental Breakdown Kerana..."

ARTIKEL BERKAITAN: “Bila Saya Berhijab, Banyak Kata-Kata Negatif Dilemparkan” - 24 Tahun Berhijrah, Ogy Ahmad Daud Syukur Hati Tidak Berbolak-Balik

#Sihir #Ahmad #Dedah #Fauziah #Daud