,
Laman Utama

Ogy Tiba-Tiba Menjerit, Chef Florence Terkejut

Ahmad Shah
21/04/2016
08:33 MYT
Chef selebriti popular, Florence Tan terkejut apabila pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud menjerit dihadapannya.
Fauziah atau lebih popular dipanggil Ogy menjerit kerana terlalu teruja bertemu Chef Florence.
Aksi tersebut boleh ditonton menerusi program Dapur 2 Pintu episod ke-sembilan pada malam ini.
Dapur 2 Pintu episod malam ini memaparkan Chef Florence memberi tunjuk ajar cara memasak Bubur Udang ala Baba Nyonya.
Ogy pada mulanya kekok ketika membantu Chef Florence menyediakan bahan-bahan masakan, tetapi lebih mahir selepas diberikan tips.
Selain itu, Ogy turut berkongsi tentang hobinya yang gemar memasak.
Selepas Chef Florence selesai memasak Bubur Udang, Ogy mengambil giliran mempamerkan bakat memasaknya.
Nak tahu apa menu yang dimasak Ogy? Adakah masakannya itu mendapat 'pengiktirafan oleh' Chef Florence?
Jangan lupa saksikan Dapur 2 Pintu setiap Khamis, jam 9.30 malam di Astro Prima dan Maya HD.
Dapatkan resepi Dapur 2 Pintu di Aplikasi Suudu. Muat turun aplikasi Suudu di App Store atau Google Play. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai kandungan masakan di dalam Suudu Instagram/ suuduasia serta Suudu Facebook/OfficialSuudu
Teks oleh: Mohd Ishahrulddin Tahir
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Erra Fazira Pelik, Beras Jepun Bersaiz 'Sontot'

gempak
28/04/2016
08:30 MYT
Gaya Hidup

Kerana Dapur 2 Pintu, Datuk Shah Rezza Tiba-Tiba Pandai Memasak

gempak
07/04/2016
09:45 MYT
Gaya Hidup

Amelina Teruja Satu Dapur Dengan Tukang Masak Ratu Elizabeth

gempak
04/04/2016
08:07 MYT