Tayangan episod kedua drama bersiri premium Projek: Anchor SPM, malam semalam sekali lagi menjadi perbualan ‘hangat’ dalam kalangan netizen.

Malah, drama terbitan Astro Originals ini turut trending sebagai antara perkara paling diperkatakan di Twitter.

Menerusi pemantauan Gempak di platform media sosial berkenaan, rata-rata penonton berkongsi rasa teruja mereka dengan episod kedua yang disifatkan lebih dramatik.

Rasa sedih, rasa simpati, semangat setia kawan mahupun isu ‘cinta monyet’ budak sekolah, semuanya dipaparkan dalam episod kali ini.

“Tiada betul, tiada salah yang ada cuma tanggungjawab. Perghh deep siot Botol”

“Aaida is coming back dan dia setuju. Kita tengok nanti kantoi ke tak, kerja gila”

“Oh captain my captain, fuh lain macam drama ni weh” tulis beberapa netizen.




Untuk yang terlepas episod dua, penonton juga boleh strim di platform Astro GO atau On Demand.

Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.

Sekadar info, Projek: Anchor SPM mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.

Isu mula tercetus apabila Aizat lakonan Aedy Ashraf terdesak cuba mencari jalan mendapatkan keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM.

Aizat akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa (Daiyan Trisha), dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan- rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.

Drama ini turut dilakonkan oleh Nadhir Nasar (Hilmi), Chubb-E (Botol), Shasha Abedul (Jaja) serta nama-nama besar dalam industri seni tempatan seperti Adlin Aman Ramlie, Hasnul Rahmat Tony Eusoff dan Susan Lankester.

Apapun, saksikan ‘Projek: Anchor SPM akan ditayangkan di saluran Astro Citra setiap Isnin, jam 9.00 malam.