Sepotong klip video viral dan meraih perhatian netizen apabila seorang wanita dilihat mengasari ibu mentuanya dengan cara memukul selain cuba menghalau warga emas itu dengan cara mengheretnya keluar daripada rumah.

Menerusi kejadian yang berlaku di Maharashta itu, difahamkan wanita berkenaan meminta ibu mentua yang duduk di atas sofa supaya meninggalkan rumah.

Namun, selepas warga emas itu tidak mendengarkan permintaan berkenaan, menantunya kemudian bertindak mengasarinya dengan cara memukul dan menolak mangsa secara paksa sehingga terjatuh.

Melihat pada rakaman, dua wanita itu sedang bertengkar.

Rakaman CCTV menunjukkan si menantu membuka pintu rumah sebelum kembali mendapatkan ibu mentuanya dan mengheret warga emas itu di atas lantai.

Kemudian, dia membiarkan warga emas itu untuk menjawab panggilan telefon sebelum kembali mengheret mangsa.

Memetik Ary News, punca kejadian masih belum diketahui. Sementara itu satu laporan telah dibuat terhadap wanita tersebut oleh mangsa di balai polis.

Sumber: Ary News

BACA: Lepas ‘Perang Mulut’, Bapa Mentua Tetak Jari Menantu Sampai Putus​