Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

Oh, Ini Rupanya Sebab Kenapa Afgan Dah Tak Pakai Cermin Mata…

Izwan Isa
20/12/2022 15:50 MYT

Penyanyi Afgan mendedahkan yang dia kini tidak lagi menggunakan cermin mata ketika melakukan persembahan mahupun sewaktu menjalani rutin harian.

Hal ini kerana, pelantun lagu Terima Kasih Cinta itu telah menjalani pembedahan lasik bagi memperbetulkan pandangannya sejak Mac lalu.

“Ketika saya merakamkan klip video bagi lagu Wildflower, saya nak tampil berbeza, memandangkan lagu-lagu yang dimuatkan dalam album juga lain daripada karya sebelum ini.

“Jadi, saya ambil keputusan untuk melakukan pembedahan lasik demi menjayakan album Wildflower,” katanya kepada Gempak.

Menurut Afgan, dia mahu memberi kejutan kepada peminat, selain menjadikan penampilan tanpa kaca mata sebagai trademark baharu buat dirinya.

“Seperti satu surprise juga untuk peminat yang sudah lama melihat saya dengan gaya ‘nerd’. Tambahan pula, saya kini boleh bergerak dengan mudah tanpa kaca mata.

“Tapi apa yang lucu, saya masih belum terbiasa tanpa kaca mata. Bila bangun tidur, saya cari mata cermin mata… oh rupanya saya dah boleh melihat dengan jelas,” katanya sambil tertawa.

“Saya mahu menimbulkan elemen kejutan khas buat para peminat pada ketika itu. Malah, saya juga merasakan lebih mudah untuk bergerak dan ‘travel’.

“Namun tidak dinafikan, saya masih belum dapat membiasakan diri sepenuhnya lagi. Bila bangun tidur saya masih tercari-cari kaca mata kerana itu adalah rutin bagi mereka yang memakai cermin mata,” kata Afgan.

Dalam perkembangan terkini, Afgan baru sahaja menjayakan konsert Afgan Evolution di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Afgan #Cermin Mata