Pernah atau tidak anda terfikir bagaimana individu yang mempunyai cacat penglihatan menggunakan iPhone?

Pasti tertanya-tanya bagaimanakah mereka memilih aplikasi apatah lagi untuk menaip menggunakan skrin sentuh.

Namun, baru-baru ini seorang gadis dikenali sebagai Kristy telah viral selepas memuat naik video yang memaparkan cara menggunakan iPhone jika mempunyai masalah penglihatan.

Menerusi rakaman 2 minit itu, Krtisty menunjukkan cara dan contoh dia membuka dan memilih aplikasi dalam telefon.

Dibantu oleh suara atau ‘voice over command’, setiap aplikasi dibaca dengan jelas.

Kristy kemudian hanya perlu melakukan ‘double click’ untuk memilih sesuatu aplikasi.

Apa yang menariknya, papan kekunci yang digunakan bukanlah seperti yang dipakai oleh kebanyakan kita.

Kristy sebaliknya menggunakan papan kekunci khas yang membolehkan dia menaip dengan memegang peranti secara melintang.

Anda boleh lihat video penuh tersebut di bawah.