Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Oh My! 2 Hari Je Bertahan... Kes Naik Balik Lepasi 5,000

Amri Hassan
23/06/2021 07:58 MYT
Kes harian negara kembali melebihi 5,000 dengan 5,244 kes dilaporkan, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 sebanyak 711,006 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah tersebut, Selangor merekodkan sebanyak 2,001 kes, diikuti oleh Negeri Sembilan sebanyak 677 kes dan Sarawak sebanyak 577 kes.

"Seterusnya, Kuala Lumpur (531 kes), Johor (282 kes), Pahang (245 kes), Kedah (189 kes), Melaka (180 kes), Pulau Pinang (159 kes), Sabah (129 kes), Kelantan (81 kes), Perak (75 kes) dan Labuan (77 kes).

"Terengganu pula (27 kes), Putrajaya (13 kes) dan Perlis (satu kes)," katanya pada ciapan Twitter beliau pada Rabu.
#KKM #COVID-19 #Update
;