Pelakon Fendy Bakri mencetuskan tanda tanya menerusi sekeping foto yang dimuatnaik di Instagramnya pada Jumaat.
Pada foto terbabit, Fendy seakan-akan memberikan bayangan akan muncul dalam drama bersiri adaptasi Mis Tres Hermanas, Hati Yang Dikhianati.
Kemunculan itu juga mengujakan peminatnya yang merindui wajah Fendy di kaca televisyen hinggakan ada yang beranggapan dia sendiri akan menggantikan pelakon utamanya, Amar Baharin.
"Patut awak hero drama ini!" cadang seorang pengguna di ruang komen hantaran terbabit.
Apakah benar Amar akan digantikan oleh Fendy atas permintaan penonton?
Drama Hati Yang Dikhianati dibintangi oleh Amar Baharin, Isyariana dan Mona Allen dan ramai lagi.
Drama bersiri ini buat julung kalinya mengetengahkan struktur naratif penceritaan dan pembinaan watak naskhah yang ditentukan oleh maklum balas penonton!
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebabagian drama Hati Yang Dikhianati.
Hati Yang Dikhianati mengisahkan Iskandar mengambil keputusan untuk berhenti persekolahannya dan terus bekerja demi membesarkan tiga adik perempuannya selepas kematian bapanya.
15 tahun berlalu, Iskandar kini berkahwin dengan Maria dan tinggal bersama dua orang adiknya iaitu Lisa yang bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital komuniti serta adik bongsunya, Baby yang masih belajar.
Segalanya berubah apabila Lisa menyerang tapak pembinaan di sebelah hospitalnya dan berdepan dengan Zuhri Elyas yang merupakan ketua projek pembinaan tersebut.
Pertemuan mereka secara perlahan membuahkan rasa kasih namun tanpa pengetahuan Lisa, Zuhri Elyas sebenarnya sudahpun bertunang. Dalam masa yang sama dia juga berselingkuh dengan Maria, kakak ipar kepada Lisa sendiri.
Maria pula semakin tertekan ditambah dengan kehadiran adik iparnya Syaz dan suaminya Imran yang terpaksa berpindah ke rumah Iskandar kerana kehilangan kerja. Perlahan-lahan perjalanan cinta Lisa dan Zuhri ditempuh ranjau.
Hati Yang Dikhianati bersiaran di Astro Prima (saluran 105) pada pukul 6-7 malam, setiap Isnin hingga Jumaat atau strim sekarang di Astro On-Demand.
Azwa Rahman
Fri May 21 2021


Kes Jenayah Seksual Da’i Syed, Diteruskan Atau Ditarik Balik? Rupa-Rupanya...
Pengadu dalam kes itu telah ...

CANTIK TAK - EP5
Konsep apa saja yang sempat uols! Hahaha, ada ye konsep mekap macam tu? Tapi kalau dah ada anak kecil ni kan memang mencabar tau! Nak tahu sebab apa Elfira mengucap panjang bila Rayyan pegang gincu? Jom tonton sama-sama, memang terhibur gais. #SmileOutLoud #ColgateOpticWhiteO2 #CantikTak #RiaX #RamadanSLK #RayaSLK @colgate_malaysia

Eh Lovenya! Siti Nurhaliza 'Ambil Takhta’ Di New York Times Square!
Saya merupakan salah seorang wakil bagi senarai lagu....

“Jangan Bertuhankan Duit” - Pernah Discam, Ini Pesan Farah Nabilah
Drama yang beri pengajaran.

Miera Leyana Akhirnya Dedah Wajah Anak Ketika Sambutan Hari Jadi Pertama
Wah comelnya anak Miera....

“Epidural Tu Pun Sejenis Drugs..”- Mahu Bersalin Secara Natural, Raja Ilya Pilih Water Birth
Macam mana bersalin dalam air?

Uqasha Senrose Terima Tawaran Berlakon Daring, Kamal Adli Tak Selesa.. - “Kita Bukan Hollywood”
Apa dah jadi ni?

"Saya Sihat..."- Dapatkan Rawatan, Yasin Masih Pertahankan Kanabis?
Alhamdulilah Yasin nampak sihat...

Ditawar Habuan Lumayan Jadi Duta Produk, Eizlan Yusof; "Saya Tak Boleh Ulas Lanjut..."
Eizlan Yusof enggan mengulas lanjut. Betul ker tak?

“Asal Liwat Je Mesti Sekolah Agama…” - Netizen Kritik Perbuatan Jijik Guru Agama Liwat Pelajar Bawah Umur
Netizen kritik guru agama liwat pelajar bawah umur