,
Laman Utama

Oh Rupanya Bijan, Beras & Kacang Hitam Boleh Mengatasi Masalah Pra-Penuaan Kulit Wajah Secara Semulajadi!

Fiza Kamarudin
11/01/2022
10:15 MYT
Korang tahu tak yang gabungan bahan-bahan tulen seperti Beras Hitam, Bijan Hitam dan Kacang Hitam adalah rahsia kecantikan abadi.
Ini kerana, beras hitam kaya dengan antioksidan dan antiradang untuk menguatkan penghalang kulit, bijan hitam pula mampu menyembuhkan, menenangkan serta melindungi kulit daripada radikal bebas dan kacang hitam bertindak menghaluskan kulit bagi mencerahkan dan meningkatkan kelembapan kulit dan awet muda.
Untuk korang yang mahu mengekalkan keremajaan kulit wajah dengan menggunakan tiga bahan ajaib ini, jangan risau kerana baru-baru ini WonderLab telah melancarkan rangkaian penjagaan kulit baharu No.1 iaitu 블랙 Siri Bel-aek Ageless.
Bertemakan ‘Timeless In Black’, siri ini mengandungi ‘superfoods’ terbaik yang berwarna hitam dalam meremajakan, menyerikan dan menyuburkan kulit supaya ia kekal awet muda.
Siri baharu ini disertakan dengan 3 produk penjagaan kulit yang dapat membantu mengatasi penuaan pramatang disebabkan oleh gaya hidup yang sangat sibuk dan pendedahan berterusan kepada sinar inframerah dan UV daripada peranti digital.
Diformulasikan dengan teknologi kecantikan Korea terkini Trio Black Complex, formula mujarab daripada pati beras hitam, bijan hitam dan kacang hitam yang tinggi dengan antioksidan dan antiradang menjadikan ia bahan semulajadi ajaib yang mampu mengatasi penuaan kulit.
Pengalaman penyanyi popular, Nabila Razali & Blogger Kecantikan Popular Emily Quak
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali turut berkongsi mengenai pengalaman bersama WonderLab ketika majlis pelancaran baru-baru ini.
“Saya sangat teruja menjadi sebahagian daripada ahli keluarga WonderLab dan sudah setahun saya menggunakan produk-produk WonderLab dan WonderDewi.
“Pengalaman saya bersama produk penjagaan kulit wajah WonderLab, rangkaian produknya terbaik dalam membantu menjaga kulit wajah, apa tah lagi untuk saya yang bersolek setiap hari.
“Seperti Ageless series pula, menjadikan kita kelihatan lebih muda kerana ia mengekalkan keremajaan kulit wajah. Saya sudah menggunakannya lebih satu minggu dan hasilnya menakjubkan!,” katanya.
Selain Nabila, Blogger kecantikan Emily Quak turut teruja dengan hasil ditunjukkan 블랙 Siri Bel-aek Ageless.
“Macam yang kita semua tahu antioksidan sangat penting dan diperlukan untuk kulit. Tiga bahan utama yang terkandung dalam siri ini seperti beras, bijan dan kacang hitam sangat membantu kulit untuk kelihatan lebih cantik dan berseri.
“Saya sudah mencuba pelembab, toner dan serum dan yang paling saya suka ialah teksturnya yang ringan dan ia menyerap dengan lebih cepat ke dalam kulit wajah,” katanya teruja. Hasil keberkesanan terbukti untuk kulit yang lebih tegang, anjal dan berseri dengan WonderLab 블랙 Serum Bel-aek Ageless.
Ujian klinikal telah dilakukan dan hasilnya selepas 4 minggu menggunakan WonderLab 블랙 Bel-aek Ageless Serum, 95% mendapati kulit lebih tegang, lebih 13% mendapat kulit lebih anjal dan 100% bersetuju kulit nampak lebih berseri!
Tunggu apa lagi dapatkan rangkaian penuh블랙Siri Bel-aek Ageless yang mempunyai tiga produk penjagaan kulit yang penting:
블랙 Bel-aek Ageless Toner Mengandungi Mengandungi sebatian betaine untuk menenangkan kulit dan mengecilkan liang pori.
블랙 Bel-aek Ageless Serum Diperhebat dengan Buckthorn Laut Tertapai yang berfungsi untuk mengekalkan keremajaan dan keanjalan kulit serta meningkatkan keserian keseluruhan kulit.
블랙 Bel-aek Ageless Moisturiser Formulasi penghidratan tinggi yang diperhebat dengan Ekstrak Kalus untuk meningkatkan keanjalan kulit, mengurangkan garis halus, sambil menguatkan dan melindungi penghalang kulit.
Setiap produk di bawah siri ini didatangi dalam sebuah botol yang gelap lagi menyerlah bagi melambangkan kelas dan kecantikan yang berpanjangan. Ia juga direka untuk mengekalkan kualiti dan formulasi bahan-bahannya.
블랙Siri Bel-aek Ageless kini boleh didapati di kedai-kedai WonderLab di seluruh Malaysia dan Wonder Star (ejen WonderLab). Layari wonderlab.com.my untuk maklumat lanjut dan lawati kedai WonderStore (kedai fizikal WonderLab) berdekatan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Fesyen Nenek 80 Tahun Curi Perhatian, Digelar Legendary Glamma

gempak
17/11/2024
15:24 MYT
Bermula dengan kreativiti cucu menggayakan dirinya dengan pelbagai fesyen, merakam gambar lalu berkongsi di media sosial, seorang nenek kini menjadi terkenal.
Hiburan

Rumah Lengkap Tasik Buatan & Padang Golf, Momo Geisha Ada 20 Pembantu

gempak
12/11/2024
06:56 MYT
Vokalis kumpulan Geisha, Momo diketahui berkahwin dengan seorang usahawan kaya pada 2017.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Gaya Hidup

Gunting Rambut Online, Roger Anytime! Aplikasi Baharu myBarber Mudahkan Bro-Bro Nak Kekal Handsome & Kemas Tak Perlu Keluar Rumah

gempak
04/11/2024
19:04 MYT
Jika sebelum ini adanya aplikasi yang memudahkan makanan dihantar ke depan pintu rumah, kini muncul pula aplikasi baharu myBarber yang membolehkan korang menempah servis memotong rambut secara atas talian.
Hiburan

"Saya Sendiri Rasai Pengalaman" - Ella Puji Rawatan Hormon Skyhill Clinic, Tak Mustahil Diiktiraf Malaysia Book Of Records!

gempak
23/10/2024
18:30 MYT
Penyanyi Ella berkongsi pengalamannya menjaga dan melakukan rawatan hormon di Skyhill Clinic sejak beberapa tahun lalu.
Unitar