Mungkin ramai tidak sedar watak pelajar pelatih bernama Eisya dalam 10 Tips Tipu Bini merupakan ratu cantik yang pernah mengharumkan nama Malaysia ketika menyertai Miss Eco International di Kaherah, Mesir, pada Mac 2019.

Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 25, pada tahun lalu diumumkan sebagai Miss Eco International 2019 dan menduduki tempat kedua dalam pertandingan tersebut.

Anak kelahiran Perak yang mahu dikenali sebagai Tinie itu turut memenangi anugerah Best Eco Dress, yang menampilkan rekaan baju bertemakan sirih junjung.

Pertandingan itu juga menyaksikan Malaysia kali pertama berada di tangga lima teratas.

A post shared by ANT's OFFICIAL ️??? (@amynurtinie)


Siapa sangka ‘budak intern’ yang nampak ‘blur’ dalam filem 10 Tips Tipu Bini ini sebenarnya bukan ‘kaleng-kaleng’.

Antara pencapaian Tinie dalam bidang peragaan ialah memenangi beberapa gelaran ratu:
Miss Malaysia Kebaya 2016, Juara Projek Bliss Bintang Bliss 2016, Juara Pencarian Ratu Festival Kerja Kahwin Utara 2015, Top 6 Miss Perak Tourism 2015, Juara KBJ Ratu Kebaya 2015, Pemenang Ngam Bersama Clean & Clear 2014, Pemenang Pencarian Model Festival Pengantin Taiping 2014, Pemenang kedua Dream Car Expo Model Search 2014 dan Johan Gadis Metro 2011.

Selain aktif dalam bidang peragaan Tinie juga pernah mengendalikan beberapa program sebagai pengacara sebelum terjun ke dalam bidang lakonan.

Jadi tidak hairanlah jika Tinie berjaya membawa watak Eisya seorang pelajar praktikal yang datang ke syarikat milik Dato’ Dean, Grand Poyo Adevertising & Events.

Eisya berkawan rapat dengan Anna (Elizabeth Tan) dan Sara (Monicca Picca), terpikat dengan Jep (Joey) yang merupakan Art Director di syarikat tempat mereka menjalani latihan praktikal.

Adakah hubungan ‘terlarang’ Eisya dan Jep akan berjaya? Berjaya atau t10 Tips Tipu Bini yang diberikan Brother Love (Datuk Awie) kepada Jep?

Alang-alang duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, langgan filem 10 Tips Tipu Bini di pawagam rumah anda, Astro First sekarang juga!

A post shared by ANT's OFFICIAL ️??? (@amynurtinie)

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang!

Serius, tak menyesal! 10 Tips Tipu Bini masih nombor satu di carta top 5 Astro First tau!