Oh, Rupanya Lagu OST Cik Reen & Encik Ngok Ngek Tu Single Baru Andi Bernadee!

Kamaruddin Razal
Oktober 9, 2018 21:14 MYT
Drama bersiri arahan Hadith Omar, Cik Reen dan Encik Ngok Ngek semakin mendapat tempat di hati peminat.
Bukan sahaja jalan cerita dan keserasian hero serta heroin, lagu tema Cik Reen dan Encik Ngok Ngek yang berjudul Satu Peluang juga menjadi kegilaan kaki drama.
Menerusi pemerhatian di laman Twitter, ramai yang suka dengan lagu terbabit tetapi tidak tahu siapakah gerangan penyanyinya.

Siapa nyanyi lagu 'Satu Peluang' ini? sedap plak dengar..semua sebab terlayan drama #CikReenEncikNgokNgek

— erdinazullaika (@ErdinaZullaika) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Berikan aku satu peluang! Satu peluang! Damnn!! Sedap pulak lagu cite ni #CikReenEncikNgokngek ?❤

— Lynn Iskandar (@lynniskandar10) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beri aku hanya satu peluang! Tetiba mcm best pulak lagu ni. Jom gaiss #CikReenEncikNgokNgek

— afiqahzamani (@afqhzmni) October 8, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Siapa nyanyi lagu 'Satu Peluang' ini? sedap plak dengar..semua sebab terlayan drama #CikReenEncikNgokNgek

— erdinazullaika (@ErdinaZullaika) October 4, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rupanya, lagu tersebut dinyanyikan oleh bintang Big Stage, Andi Bernadee.
Sebelum ini, Andi memulakan kerjaya seninya pada tahun 2017 dengan single yang bergenre balada Tiada Lagi Maaf.
Walaupun single pertamanya itu tidak berjaya memberikan impak yang besar kepada kerjaya seninya, namun Andi berjaya mencuri perhatian peminat seni apabila menjadi tular sekitar penghujung tahun lalu menerusi nyanyian parodi lagu Tak Tun Tuang.
Andi juga pernah mendapat kepercayaan penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo untuk merakam semula lagu hits rapper tersebut, Semalam Sahur Dimana pada bulan Ramadan yang lalu.
Selepas semakin dikenali menerusi program Big Stage, Andi tampil dengan Satu Peluang.
“Saya berharap pertaruhan kali ini dapat menambat hati semua pendengar. Simboliknya, seperti tajuk lagu ini saya juga berharap diberikan peluang untuk mendapat tempat dalam arena muzik tempatan.
"Lagu ini bukan sahaja single terbaharu saya malah ia juga lagu yang menjadi titik tolak kepada hala tuju muzik saya diperingkat seterusnya,” kata Andi.
Single Satu Peluang terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox , Deezer, Joox dan juga Apple Music.
Drama bersiri Cik Reen & Encik Ngok Ngek dibintangi oleh Fikry Ibrahim, Farah Nabilah, Scha Elinnea, Farhan Asri, Dini Schatzmann, Iswan Ismail, Haneesya Hanee, Raja Azmi dan ramai lagi.
Jangan lupa saksikan Cik Reen Encik Ngok Ngek setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Untuk berinteraksi mengenai drama ini di laman sosial, gunakan hashtag #CikReenEncikNgokNgek.
Foto: Instagram Fikry
#Penyanyi #Penyanyi #Andi Bernadee #Cik Reen & Encik Ngok Ngek