Sejak Ramadan lalu, kisah hijrah Fazura dan perniagaan baharu yang diceburinya iaitu hijab menjadi bualan ramai.

Seawal diperkenalkan lagi, Tudung Fazura mendapat sambutan luar biasa hingga terjual dalam hanya beberapa jam sahaja.

BACA: Wow Laku Keras! Tudung Fazura Sold Out Dalam Tempoh 4 Jam! - "Tup Tup Dah Habis, Orang Lain Pun Nak Pakai Juga"

Selari dengan usaha dan jenamanya yang semakin mekar, pasti ada yang mencemburui kejayaan yang diraih personaliti jelita itu bersama pasukannya.

Namun, terbaharu Fazura sekali lagi membuktikan titik peluhnya dalam lapangan bisnes bukan main-main. 80,000 helai tudungnya terjual dalam tempoh 2 jam memang pencapaian luar biasa bagi perniagaan ketika era pandemik.

Dedah netizen menerusi ciapan di Twitter juga memaklumkan, nilai jualan menerusi koleksi terbaharu itu mencecah RM2.16 juta!

Tapi apa sebenarnya rahsia Fazura dengan bisnes tudungnya?

1. Harga marhaen

Artis kayangan harga marhaen! Demikian komen kebanyakan pengguna media sosial berkenaan jenama Tudung Fazura.

Bersifat mampu milik, tudungnya dijual serendah RM27 sehelai.

BACA: Murahnya Harga Tudung Fazura! - "Saya Nak Semua Orang Mampu Beli"

Fazura sebelum ini pernah memberitahu bahawa dia sendiri sebagai pengguna akan mencari tudung bernilai bawah RM50 sehelai.

Iya, rasanya anda boleh bayangkan sendiri berapa helai tudung pula dalam simpanan wardrobe seorang wanita. Pastinya takkan ulang pakai corak atau warna sama berulang kali bukan?

Jadi, jika nilai RM100 boleh miliki 3 helai tudung, itu dikira pembelian bijak!

2. Team power!

Fazura dikelilingi pasukan yang punyai latar belakang hebat dalam bidang perniagaan dan rekaan tudung tempatan.

Maka tidak mustahillah, pasukannya menjadi tonggak utama Fazura mengkaji pasaran dan kehendak pengguna semasa.

Pastinya, dalam apa juga perniagaan, pasukan yang bijak dan rajin menjamin kejayaan sesebuah jenama.

3. Personaliti Fazura

Graceful! Itu perlambangan paling jelas personaliti Fazura sebagai seorang wanita, isteri dan ibu yang pada masa sama mendepani kerjaya ketika waktu sukar ini.

Sifat Fazura itu sendiri cukup lengkap mewakili jenama hijab yang dijualnya.

BACA: Tampil Seperti Remaja Ketika Ambil Suntikan Vaksin, Fazura Dipuji Netizen

Tidak perlu gimik pemasaran kerana bila ditanya jenama tudung apa yang anda pakai, pasti dengan bangganya menjawab; "tudung Fazura!"

BACA: Promosi Tudung Guna Muzik Tanpa Izin, Fazura Mohon Maaf

4. Dialah juga model

Tiada nama yang pelik, hanya 'Tudung Fazura' sudah mampu menjual produk tersebut. Betul kata orang, nama pun ada perlu ada 'ong'!

Jadi, jenama itu sangat mudah diingati pengguna dan nama Fazura itu melambangkan eksklusiviti pembeli.

Tak cukup dengan jenamanya, Fazura sendiri menjadi model dan memakai tudung keluarannya setiap masa.

5. Rekaan & warna cantik!

Fazura telah mengeluarkan beberapa koleksi sejak mula beroperasi secara rasmi pada Jun lalu.

Corak bunga-bungaan dilatari pilihan warna yang pelbagai memudahkan pengguna untuk menyuaipadankan dengan pelbagai outfit dan fungsi.

Malah, fabrik kapas voile yang digunakan juga sangat sesuai dengan cuaca tempatan di Malaysia.

Menerusi koleksi terbaharu sempena Bulan Kebangsaan 2021, Fazura menghasilkan seleksi tudung yang bertemakan bunga kebangsaan iaitu bunga raya, daun pisang, songket dan celoreng.

Lebih nostalgik, Fazura mengeluarkan corak yang didedikasikan buat frontliner, kotaraya, kampung halaman dan tulisan jawi. Semuanya dekat di hati ramai!

A post shared by TUDUNG FAZURA (@tudungfazura)

A post shared by TUDUNG FAZURA (@tudungfazura)

A post shared by TUDUNG FAZURA (@tudungfazura)

A post shared by TUDUNG FAZURA (@tudungfazura)

A post shared by TUDUNG FAZURA (@tudungfazura)

A post shared by TUDUNG FAZURA (@tudungfazura)


Tahniah Abe Nik ucapkan atas kejayaan Fazura kali ini. Terus sukses!