Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#OhAbeNik: Anggun & Mempesonakan! Kenali Glam Squad Neelofa Sebelum Bergelar Ratu Sehari

Amri Hassan
27/03/2021 11:55 MYT
Pengacara tersohor Neelofa akhirnya selamat bergelar suri hati pendakwah bebas PU Riz atau juga dikenali sebagai Haris Ismail pada Sabtu.

Majlis yang bertemakan Jabbal Rahmah itu dihadiri dengan tetamu yang diwajibkan menyarung persalinan serba putih dan menjaga batas aurat sesama sendiri.

Berlangsung penuh gah di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur, pasangan mempelai selamat dinikahkan sekitar pukul 11.40 berwakil walikan adik Neelofa sendiri, Mohamed Aqief Mohd Noor.

Di sebalik majlis yang diraikan, pasti ramai yang ingin tahu siapa individu belakang tabir yang terlibat menyiapkan pengantin kali ini.

Jadi, Abe Nik rangkumkan individu-individu hebat yang mempersiapkan Neelofa sempena hari bahagianya 27 Mac 2021.

1. Alia Bastamam

Kolaborasi Alia B x Naelofar untuk koleksi raya 2021 menjadi pemula jalinan utuh antara pemilik dua jenama itu.

Neelofa memilih dress mewah berona putih rekaan Alia Bastamam sebagai saksi dirinya bertukar status.

A post shared by Alia Bastamam (@alia6astamam)


Dress dilengkapi dengan perincian, bulu, renda sekuin dan batuan mewah tampak anggun pada Neelofa. Masih sopan dan praktikal buat majlis pernikahan pengacara itu.



2. Didiyana Ehsan

Abe Nik terpandang kelibat Didiyana yang pada mulanya mengemaskini akaun Instagramnya di sebuah hotel mewah berhampiran tempat majlis berlangsung sejak Jumaat.

Maka, Abe Nik yakin individu ini antara yang bakal mempersiapkan tudung, niqab dan kain layah ratu sehari kita.



Terbukti, memang Didiyana pilihan Neelofa.

Keserasian dalam kebanyakan acara antara kedua-duanya sebelum ini barangkali menjadi titik temu untuk mereka terus bekerjasama.

3. Melurizabyel

Pelukis inai yang turut bekerjasama dengan beberapa selebriti sebelum ini termasuk pasangan raja sehari Ernie Zakri dan Syamel yang selamat bernikah pada Jumaat lalu.

Sama juga kakak Neelofa, Noor Nabila yang dinikahkan minggu lalu.

Neelofa tidak salah memilih Melurizabel untuk sentuhan inai terakhir sebelum dinikahkan.



Malah, pada pagi Sabtu pun jari-jari manis pengantin sempat diriaskan agar lebih bertambah serinya. Wallah!

4. Sharman Yee

Tidak lengkap tanpa olesan make up di wajah Neelofa. Hanya tatarias bahagian mata sahaja sudah cukup menambah seni pengantin.

Tanggungjawab itu diamanahkan buat Sharman Yee yang sebelum ini pernah beberapa kali bekerjasama dengan Neelofa untuk kempen jenama antarabangsa.

Sharman juga individu yang telah menata rias wajah Noor Nabila ketika majlis pernikahannya baru-baru ini.

5. Abushaefhamza

Abu merupakan jururunding gaya yang sering terbabit dalam beberapa projek bersama Neelofa sebelum ini. Maka mustahil untuk Abu terkecuali daripada menjadi sebahagian daripada glam squad ratu sehari ini.



Difahamkan Abu bertindak sebagai perunding gaya untuk pengantin lelaki dalam majlis ini.



6. Reka Teemor

Gah sungguh rekaan pelamin serba putih dengan hiasan bunga-bunga segar sentuhan Reka Teemor kali ini.

Selain bunga mawar, hiasan meja tetamu dan pengantin juga diserikan dengan kombinasi tujuh jenis bunga-bungaan berwarna putih antaranya baby breath dan orkid.

Pelamin pula direka dalam bentuk Jabal Rahmah yang sering dikaitkan sebagai lokasi memohon jodoh.

Uniknya meja makan beradab pengantin kali ini ditutup dengan hiasan kain lembut bagi menjaga imej pengantin yang sudah berniqab.

Reka Teemor juga menggunakan simbolik huruf jawi 'nun' dan 'ha' sebagai pangkal nama Neelofa dan Haris.


A post shared by REKA TEEMOR (@rekateemor)


***

Yang pasti Abe Nik yakin pernikahan pasangan Neelofa dan Haris antara menjadi buah mulut dan ingatan ramai.

Setulus hati Neelofa, sezuhud ikatan kasih pasangan itu, ada juga yang tidak kurang menitiskan air mata menyaksikan penyatuan dua hati yang sudah lama dinanti-nantikan.

Tahniah dari Abe Nik untuk Neelofa dan Haris! Selamat pengantin baru. Barakallah.

Foto: wedlocx.co, Instagram, @didiyanaehsan, @abushaefhamza, @melurizabyel, @irqin
#Viral #Neelofa #Tudung #Pengantin #Make Up #Reka Teemor #Alia Bastamam #Didiyana Ehsan
;