Laman Utama

OhAbeNik: Aryan Khan Dah Bebas Dari Penjara, Ini 4 Rutin Baharu Yang Akan Dilakukan SRK & Gauri!

gempak
Amri Hassan
30/10/2021
15:55 MYT
Sponsor Banner
OhAbeNik: Aryan Khan Dah Bebas Dari Penjara, Ini 4 Rutin Baharu Yang Akan Dilakukan SRK & Gauri!
Luar biasa sambutan yang diterima dari peminat pesohor Bollywood, Datuk Shah Rukh Khan berhubung pembebasan anak sulungnya, Aryan Khan dari penjara Arthur Road pada Sabtu.
Seperti pesta Deepavali, Aryan diraikan dengan paluan gendang, bunga api, mercun dan sorak-sorai daripada orang ramai yang berkumpul di luar penjara dan kediaman keluarga itu di Mannat.
Media sosial juga meriah dengan ucapan dari peminat mereka yang mengalu-alukan pembebasan 'Putera Aryan' itu.
BACA: 25 Hari Tidur Dalam Penjara, Aryan Khan Dibebaskan Dengan Ikat Jamin... SRK Menangis Syukur Boleh Sambut Deepavali Bersama
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri untuk mendidik anak masing-masing. Bagi Shah Rukh dan isteri, Gauri Khan, mereka bakal melakukan beberapa perkara ini kepada Aryan kelak:
#1 Medical check up
Selepas lebih 27 hari berada di dalam penjara Arthur Road, Aryan akhirnya dibebaskan dengan ikat jamin pada petang Sabtu.
Menerusi laporan Bollywoodlife, Aryan akan menjalani beberapa ujian kesihatan ekoran berjauhan dari keluarganya ketika di penjara.
Sumber mendedahkan pakar nutrisi Aryan akan memantau pemakanannya memandangkan ibunya, Gauri risau akan makanan yang diberikan di dalam penjara.
Nasihat daripada pakar nutrisi akan dipertimbangkan dan Aryan akan membuat ujian darah nanti.
#2 Follow up
Aryan yang baru saja dibebaskan punyai rutin wajib yang ketat harus diikutinya termasuk melaporkan diri di pejabat NCM antara pukul 11 pagi hingga 2 petang setiap hari Jumaat.
Disebabkan kontroversi yang berlaku, Aryan berkemungkinan tidak akan keluar dari kediaman keluarganya dalam tempoh tertentu disebabkan terlalu ramai wakil media dan peminat yang berkerumun di luar kediamannya.
#3 Kaunseling
Selain daripada pemeriksaan fizikal, kesihatan mental Aryan juga menjadi keutamaan. Shah Rukh dan Gauri difahamkan sedang merancang untuk mendapatkan sesi kaunseling khas kepada anak sulung mereka secepat mungkin.
Mereka juga akan memantau Aryan mengelakkan dari menghadiri parti dan acara publik.
#4 Tiada manisan
Aryan tidak dibenarkan menjamah hidangan dari luar dan hanya dibenarkan memakan makanan yang diberikan dalam penjara sama seperti tahanan lain.
Shah Rukh dan Gauri risau dan hampir tidak dapat melelapkan mata setiap malam memikirkan nasib anaknya. Jadi, Gauri mengarahkan tiada sebarang manisan disediakan di Mannat sehingga anaknya keluar dari penjara.
Mungkin dengan pembebasan ini, keluarga itu akan menyediakan semula juadah manisan buat Aryan?
Mengimbas semula, permohonan ikat jamin Aryan kali kedua dan rayuan jaminan dibawa ke Mahkamah Tinggi Bombay pada Selasa.
Aryan ditahan bersama tujuh lain termasuk dua wanita oleh NCB di sebuah kapal persiaran di pantai Mumbai pada 3 Oktober lalu.
Menurut laporan The Times of India, NCB turut merampas 13 gram kokain, 21 gram charas (kanabis pekat), 22 pil methamphetamine, 5 gram dadah jenis mephedrone dan lebih 1.3 juta rupee.
Aryan ditahan di Penjara Arthur Road bersama rakannya, Arbaaz Merchant. Sementara dua rakannya lain iaitu Munmun Dhamecha ditahan di penjara wanita.
Usai pembebasan Aryan, Shah Rukh dijangka bakal kembali ke set penggambaran pada bulan hadapan.
Abe Nik harap Aryan akan belajar banyak perkara daripada apa yang telah berlaku sepanjang sebulan ini.
Sumber: BollywoodLife, Times of India
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024