Indahnya busana tradisional Melayu seperti baju kurung tak pernah lapuk ditelan zaman.

Tampak manis bila digayakan, selesa dan sopan, pakaian tradisi itu sentiasa menjadi pilihan wanita untuk digayakan sepanjang masa apatah lagi ketika musim perayaan.



Melihatkan Yana Samsudin menyarung persalinan itu ketika Majlis Pelancaran dan Memperkenalkan Anggun Cotton Collection sebagai Penaja Siri Jelajah Suria FM baru-baru ini membuatkan ramai mata yang tertumpu pada beliau, bukan saja Abe Nik sendiri.

Simple tapi masih kekal anggun!

Jadi tidak salahlah jenama pakaian Anggun Cotton Collection itu melantik Yana sebagai duta mereka memasuki tahun ketiga.

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin)


Bagi pengasas jenama tersebut, pasangan usahawan adik-beradik Norafizah Hanipah dan Noraini Hanipah sejak 2014, permintaan terhadap baju kurung tak pernah berkurang.

"Baju kurung adalah fesyen sepanjang zaman. Tidak bermusim, menjadi pilihan wanita yang berkerjaya sepanjang masa.

"Bukan saja dipakai pada hari perayaan, tetapi juga pada pelbagai majlis dan ke pejabat. Lagipun fesyen ini tidak terlalu menyerlah untuk mereka yang ingin mengekalkan identiti Melayu asli," kata Norafizah.



Menurutnya, keunikan busana keluaran Anggun Cotton Collection terletak pada penggunaan pola dan rekaan sendiri untuk potongan saiz standard wanita Malaysia bagi memastikan pemakai terasa baju itu ditempah secara khusus untuk dirinya.

Malah katanya, ramai pelanggan yang memberi maklum balas positif khususnya kepelbagaian saiz yang disediakan iaitu daripada S sehingga 10XL sekaligus memberi kelebihan buat jenama itu yang turut menumpukan kepada pelanggan bersaiz plus.

Selama lebih 8 tahun dalam industri Anggun Cotton Collection kini memiliki gudang dan butik sendiri di Senawang dan Johor Bahru.

Lebih membanggakan, Anggun Cotton Collection menerima dua anugerah iaitu Best Brand E-Branding Award 2020 dalam fesyen baju kurung cotton dan Superbrands Malaysia’s Choice 2020.

"Kami mensasarkan pengeluaran ready stock untuk pakaian sedondon sebanyak 300,000 pasang dan dijual mulai Februari 2023.

"Selain itu, menjadikan pakaian Anggun sebagai pilihan penjawat awam serta swasta ke tempat kerja amat selesa serta harga yang sangat berpatutan dengan kualitinya," katanya pada sidang media ketika Majlis Pelancaran dan Memperkenalkan Anggun Cotton Collection sebagai Penaja Siri Jelajah Suria FM baru-baru ini.

Siri Jelajah Suria kini kembali menemui peminat di Zon Selatan, Utara, Pantai Timur dan Lembah Klang bermula 11 Februari 2023 sehingga 4 Mac 2023 bertemakan sentuhan '80an, 90an, dan
terkini!

Lebih mengujakan, Jelajah Suria pada kali ini bakal membariskan lebih 40 artis popular seperti Raja Ema, Bunga, Insomniacks, Akim & The Majistret, Zamani Slam, Nabila Razali, Siti Nordiana, Alyph, Sissy Imann, Aishah, Ruffedge, Floor 88, Ernie Zakri, Ramlah Ram, Newboyz, Misha Omar, Ella, Haqiem Rusli dan ramai lagi.



Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin, Siri Jelajah Suria akan berikan kelainan buat para pendengar dengan menengahkan elemen 80an, 90an dan terkini bertujuan untuk meluaskan sasaran pendengar Suria FM ke semua lapisan umur.

"Pengunjung Jelajah Suria Anggun Cotton Collection berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berupa 4 buah Motosikal Modenas MR 3 bernilai lebih RM4000 untuk pembelian barangan eksklusif Suria FM di booth 'Kedai Suria' seperti edisi terhad Jersey Suria, T-shirt Suria, lanyard, payung dan drawstring bag.

"Menariknya lagi wang tunai lebih RM10,000 turut menanti pengunjung Jelajah Suria kali ini menerusi pelbagai aktiviti pentas yang akan bermula seawal jam 12 tengahari hingga 6 petang," katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.