#OhAbeNik: Cecah Harga Ribuan Ringgit! Keladi Viral Jadi Kegilaan Ramai, Ikut Cara Penjagaan Mudah Ini
Amri Hassan
19/06/2021 12:45 MYT
19/06/2021 12:45 MYT
Kegilaan orang ini bermusim! Tengok sajalah bersilih ganti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ada saja hobi baharu yang dikongsikan pengguna di media sosial.
Terkini, pokok keladi viral pula menjadi perhatian ramai. Tinjauan Abe Nik di beberapa platform beli belah atas talian mendapati pokok keladi atau turut dikenali sebagai caladium dijual dengan pelbagai julat harga serendah RM10 hingga RM2,000 bergantung pada jenis dan bakanya.
Di media sosial juga, ramai yang tampil berkongsi hobi penanaman caladium termasuk hasil pokok yang sudah berkembang biak dengan baik dan hidup subur.
Jom, Abe Nik kongsikan cara menanam pokok keladi hiasan di dalam pasu bunga. Bolehlah korang letak dalam rumah nanti.
1. Sediakan media penanaman
- Menanam dalam pasu antara kelebihannya korang boleh ubah pokok hiasan dengan mudah.
- Korang boleh pilih jenis dan bentuk pasu yang bersesuaian, cubalah membeli pasu yang bersaiz sederhana hingga besar kerana tanaman ini boleh tumbuh cukup besar.
- Kemudia, sediakan media penanaman dan baja asas. Cara untuk menyediakan media penanaman untuk satu tanaman bunga keladi dalam pasu adalah dengan menggunakan karung sebagai alas untuk mencampurkan media penanaman.
- Tuangkan tanah kompos dan pasir dalam nisbah 3: 1, kemudian tuangkan 100 gram Granule Bio Organic GDM SaMe. Satukan semua bahan dan masukkan medium penanaman ke dalam pasu. (sumber: Adi Channel)
2. Siap sedia untuk tanam
- Ada banyak pilihan tanaman keladi hiasan yang dijual secara atas talian atau di nurseri.
- Pilih benih yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Biasanya, ukuran pokok benih yang betul adalah yang mempunyai ketinggian sekitar 6-10 cm.
- Pastikan pokok benih dalam keadaan sihat, daun berkilat terang, tidak cacat, dan tidak terdedah kepada perosak. Ini bertujuan agar bunga dapat tumbuh subur dan sihat.
3. Cara tanam keladi dengan betul
- Ambil pokok benih yang dipilih dan sediakan lubang sedalam 2-3 cm di medium penanaman. Masukkan pokok benih bunga dan akar ke dalam pasu.
- Tutup akar dan bahagian bawah tanaman dengan tanah, tekan dengan lembut sehingga anak benih tidak runtuh.
- Siram tanaman dengan air yang dicampurkan dengan GDM Black BOS dengan nisbah 10 ml GDM Black BOS dan 1 liter air ke permukaan medium penanaman.
- Letakkan tanaman di tempat yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung untuk mengelakkannya layu.
Berikut pula cara penjagaan pokok keladi untuk hidup subur:
- Letakkan pokok keladi di tempat yang sesuai, beberapa tanaman keladi mesra cahaya matahari tetapi beberapa jenis tanaman keladi tidak boleh terkena cahaya matahari langsung.
- Siram dengan teratur dengan air yang cukup pada waktu pagi atau petang.
- Bekalkan 20 ml baja organik cair yang dicampurkan dengan air siraman tanaman. Ulangi setiap 1 minggu.
- Apabila tanaman berumur 3-9 bulan, berikan baja tambahan untuk memperkaya nutrien di dalam tanah agar tanaman dapat tumbuh dengan optimum.
- Buang daun yang kering atau terlalu tua dengan berhati-hati agar tanaman kelihatan lebih cantik dan mengelakkan penyakit yang disebabkan oleh kelembapan tinggi.
- Sekiranya tanaman sudah mempunyai anak, anda boleh memindahkan anak ke pasu lain untuk mendapatkan tanaman bunga baru.
Jadi, tunggu apa lagi. Jom manfaatkan masa di rumah anda dengan aktiviti berkebun yang berfaedah.
Untuk info, sebahagian caladium bertoksik untuk manusia dan haiwan, jadi berhati-hati ketika mengendalikan tumbuhan jenis ini.
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.