Selepas lebih dua bulan mencari pembantu peribadi (PA) baharu, usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida akhirnya memperkenalkan Abang Qu kepada umum!
BACA: Vida Perkenal PA Baharu, Gaji Lebih RM10,000 - "Kalau Saya Cari Yang Tua Nanti Ngantuk Ngak Ngak"
Menerusi Instagramnya, Vida menyifatkan Qu atau nama sebenarnya Syed Qusyairi Syed Mahmud Iskandar seorang yang pemalu, bertentangan dengan personanya yang meriah dan havoc.
Meneliti ruangan komen di akaun rasmi Qushayry, ramai dalam kalangan netizen yang menitipkan pesan agar pandai menjaga diri dan jangan biarkan kisah Vida dan bekas PA, Iqbal Zulkefli berulang lagi.
"Jangan jadi macam Iqbal tau. Kerja be profesional. Walau nanti Vida pancing pakai harta benda. Good luck," tulis salah seorang pengguna.
"Bro, ko jangan buat drama macam bekas PA dia, bila kena pecat habis semua dia ungkit. Jenis lapar perhatian dan nak marketing diri cara bodoh dan memalukan," tambah pengguna lain pula.
"Jangan ada kontroversi macam abang Bal lak yer," pesan pengguna lain.
.png)
Untuk itu, kita kongsikan serba sedikit identiti Abang Qu yang sebelum ini pernah popular di media sosial terutamanya TikTok.
#1 Dalam sesi siaran langsung bersama Vida, Qu memberitahu dirinya berusia 26 tahun dan berasal dari Bukit Damansara, Selangor. Qu juga punyai latar belakang pendidikan diploma. Qu punyai 7 orang adik-beradik.
Menyesal tak reject Qush dulu? last video for 18+ pic.twitter.com/N67unHVoRJ