Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#OhAbeNik: Gaya Sakan Hael Husaini Di Fashion Week! - "Saya Tak Sangka Dapat Borak Dengan ..."

Amri Hassan
20/06/2023 08:50 MYT
Minggu fesyen di beberapa negara Eropah sedang rancak berlangsung! Barisan selebriti antarabangsa juga tidak melepaskan peluang diundang ke beberapa pertunjukan fesyen di sana.

Namun, hal yang menarik minat ramai apabila bintang tempatan Hael Husaini antara yang duduk di barisan utama pertunjukan fesyen antarabangsa sempena minggu fesyen itu.

Ini merupakan kali ketiga Hael diundang ke Itali untuk memenuhi beberapa jemputan jenama terkenal antaranya Prada, Zegna, MCM dan Ralph Lauren.

Menariknya juga, Hael turut dilihat bersama dengan penyanyi K-pop popular Juyeon mengunjungi kilang Fendi di Florence, Itali dan duduk bersama ketika pertunjukan fesyen.

Malah, Hael sempat meluangkan masa bersama pengarah kreatif Fendi, Silvia Venturini Fendi.

"Saya sangat teruja menjadi tetamu eksklusif jenama terkenal seperti Fendi bersama selebriti yang hadir dari seluruh dunia.

"Selain dari pertunjukan fesyen, saya juga berpeluang untuk melihat sendiri bagaimana produk berjenama ini dibuat.

"Selain itu, saya dapat meluangkan masa bersama selebriti antarabangsa yang lain seperti Diplo, Nicholas Galitzine, Greg Hsu, Noah Beck dan ramai lagi di acara tersebut.

"Saya juga tak sangka dapat berborak bersama pengasas Emporio Armani, Mr. Armani semasa menghadiri acara fesyen tersebut," katanya.

A post shared by HH (@haelhusaini)


Difahamkan selain dari Milan, Hael juga akan terbang ke Paris untuk menghadiri pertunjukan
fesyen beberapa jenama antarabangsa lain pada minggu ini.

#Hael Husaini #Fendi #Itali #Oh Abe Nik #Fashion Week #Ralph Lauren #Juyeon
;