Laman Utama
#OhAbeNik: Kaut Juta-Juta Ringgit Per Posting! Ini Senarai Pemilik Instagram Terkaya Dunia
Portugal terkandas di pusingan kedua Euro 2020 tapi tak bermakna bintang bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo perlu bermuram durja!
Ronaldo sebenarnya boleh buat duit dengan hanya posting di Instagram sahaja. Kalau nak tahu, nilai per posting akaun media sosialnya itu boleh mencecah nilai AS$1.6 juta (RM6.6 juta).
Dinobatkan raja Instagram oleh Hopper Instagram Rich List baru-baru ini, Ronaldo telah menjadi pemilik akaun media sosial dengan jumlah pengikut paling ramai di muka bumi iaitu 295,984,958.
Ronaldo juga pada masa sama telah mengetepikan senarai selebriti terkenal dunia termasuklah The Rock, Ariana Grande, Selena Gomez dan Beyonce Knowles.
Jom Abe Nik kongsikan semula senarai Instagram Rich List dunia berserta jumlah pengikut dan nilai per posting Instagram mereka.
1. Cristiano Ronaldo (@cristiano)
Pengikut: 295,984,958
Nilai per posting: AS$1,604,000 (RM6.6 juta)
2. Dwayne Johnson (@therock)
Pengikut: 242,182,295
Nilai per posting: AS$1,523,000 (RM6.34 juta)
3. Ariana Grande (@arianagrande)
Pengikut: 240,213,263
Nilai per posting: AS$1,510,000 (RM6.29 juta)
4.Kylie Jenner (@kyliejenner)
Pengikut: 237,603,576
Nilai per posting: AS$1,494,000 (6.22 juta)
5. Selena Gomez (@selenagomez)
Pengikut: 233,494,368
Nilai per posting: AS$1,468,000 (RM6.11 juta)
6. Kim Kardashian (@kimkardashian)
Pengikut: 225,742,794
Nilai per posting: AS$1,419,000 (RM5.9 juta)
7. Lionel Messi (@leomessi)
Pengikut: 215,727,437
Nilai per posting: AS$1,169,000 (RM4.87 juta)
8. Beyonce Knowles (@beyonce)
Pengikut: 182,421,189
Nilai per posting: AS$1,147,000 (RM4.77 juta)
9. Justin Bieber (@justinbieber)
Pengikut: 176,806,227
Nilai per posting: AS$1,112,000 (RM4.62 juta)