,
Laman Utama

#OhAbeNik: Kedah Fashion Week Masuk Edisi Ke-6, Apa Yang Menarik Tahun Ini?

Amri Hassan
20/07/2023
12:07 MYT
Kedah Fashion Week 2023, bakal membuka tirai pada 4 hingga 6 Ogos di kompleks beli-belah Aman Central di Kedah dan bakal mencipta sensasi dengan pertunjukan fesyen selama tiga hari, selain menjadi medan untuk meraikan fesyen di Wilayah Utara.
Bertemakan "Big Bang", acara yang penuh gemerlapan ini menjanjikan tahap glamor yang unggul, pengalaman yang tidak dapat dilupakan serta pameran visual menakjubkan yang dilihat bakal menjangkau pencapaian penganjuran edisi sebelumnya.
Kata Pengarah Belleview Group, Grace Ho, pihaknya mahu mewujudkan sinergi terbaik antara jenama dan ruang untuk menyatukan kreativiti.
"Komitmen kami menjangkau peranan sebagai hos pameran. Kami mahu mewujudkan kerjasama antara jenama yang dihormati dan kumpulan pereka berbakat di peringkat antarabangsa serta tempatan.
"Dengan menyediakan ruang dinamik untuk menyatukan aspek kreativiti, kami mahu memberi inspirasi menjangkau sempadan ekspresi artistik. Bersedialah untuk membawa diri anda ke dalam acara fesyen paling berani dan menonjol di Wilayah Utara," katanya.
Tambah Ketua Pegawai Operasi (COO) Peruncitan dan Komersial Belleview Group, Lawrence Te’h; "Sejak 2016, kami berada di barisan hadapan dalam mempromosikan kepelbagaian sambil mewujudkan peluang pekerjaan dalam industri fesyen kepada rakyat Malaysia.
"Fesyen sememangnya bersifat individualistik dan berfungsi sebagai satu bentuk ekspresi diri. Dengan pemahaman ini, kami berusaha untuk memenuhi setiap pilihan gaya dan cita rasa, selain mempamerkan rekaan lebih 15 pereka berbakat tempatan dan antarabangsa."
Jom semak apa yang menarik tentang Kedah Fashion Show 2023 yang bakal berlangsung di Aman Central dari 4 hingga 6 Ogos depan.

1. Fashion show

Para hadirin bakal disajikan dengan barisan pertunjukan dan pameran fesyen yang menarik hasil rekaan pereka fesyen tempatan dan antarabangsa yang baharu serta terkemuka, label-label fesyen dan pelbagai jenama gaya hidup lain.
Acara ini bakal membawakan pelbagai fesyen daripada minimalis moden, sentuhan avant-garde, dan pakaian tradisional Kedah yang terperinci dan penuh kemewahan serta barang kemas mewah.

2. Pereka fesyen popular

Antara pereka tempatan yang akan mengambil bahagian dalam Kedah Fashion Show 2023 ialah Collab Store, Ezuwan Ismail, Anuar Faizal, Teddie Alrashed (Bleu Natar), Oscar Lee (Outdwell) serta dua pereka tempatan dari Kedah, Ikmal Mukmin (Gens Great Idea) dan Jeremy Lim (YT Label).
Selain itu, pereka fesyen tempatan lain yang akan turut serta ialah ByTwoo, Daniel Zharif, Dee Roslan, Salleh Hamid, Amaze, Naemah Khuntum, Hasfitri Yusof, Wan&Mary dan Seth&Luna.
Turut menyertai kemuncak acara ialah Kanapot Aunsorn dari Thailand, dan penampilan semula oleh Yadanar dari Myanmar.
Melengkapkan Kedah Fashion Week adalah pertunjukan koleksi terbaharu daripada pelbagai jenama yang beroperasi di Aman Central seperti Bonia, HLA, New Era, Tomei, Icahfa, D'yana, Elrah Exclusive, dan LokalTeez.

3. Model tempatan

Lebih 90% daripada model yang menghiasi pentas peragaan adalah model tempatan, dalam usaha meraikan keindahan serta bakat yang dimiliki dalam komuniti tempatan.
Kedah Fashion Week 2023 juga dijangka membuka peluang kerjaya menerusi pembukaan jenama gaya hidup baharu di Aman Central.

4. Kemunculan artis popular

Menambahkan keterujaan adalah penampilan istimewa Aishah, Lah Ahmad, Ziana Zain, Dr Soo Wincci, dan Datin Winnie Loo.
Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda, Raja Puan Muda Kedah, juga akan hadir dalam tiga hari acara tersebut.

5. Tema Big Bang!

Pemilihan tema "Big Bang," adalah selaras dengan teori saintifik yang merujuk kepada alam semesta kita yang berasal daripada zarah sebelum meletus pada masa tepat.
Tema ini mewakili intipati visi Kedah Fashion Week, di mana ia berfungsi sebagai percikan api yang pacuannya bakal menjangkau skala dan magnitud acara sebelumnya.
Sama seperti alam semesta yang terletus daripada zarah tunggal, Kedah Fashion Week juga menzahirkan cita-cita untuk menyemarakkan lagi senario fesyen yang bertenaga dan dinamik, sekali gus meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan dalam industri fesyen tanah air.
Untuk maklumat lanjut mengenai Aman Central dan Kedah Fashion Week 2023, sila layari https://www.amancentral.com.my/.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Gaya Hidup

Semangat 'Stop At Nothing', Tecno Umum Jadi Penyokong Global Rasmi Pertandingan Kelab AFC 2024/2025

gempak
19/08/2024
17:37 MYT
Jenama teknologi inovatif TECNO mengumumkan sebagai Penyokong Global Rasmi bagi pertandingan kelab yang baru diperkenalkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) iaitu Liga Juara-Juara AFC Elite™, Liga Juara-Juara AFC Dua™, dan Liga Juara-Juara Wanita AFC™ untuk musim 2024-2025.
Gaya Hidup

PERSEKA Iktiraf Pereka, Pemakai & Petukang Barang Kemas - "Pemenang Bawa Pulang Jongkong Emas & Belajar Di London"

gempak
06/08/2024
18:14 MYT
Program Air Tangan Emas atau Jewels Of Malaysia (JOM) bakal meneruskan misi pencarian bakat di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bermula Ogos ini.
Gaya Hidup

"Kami Tahu Bagaimana Rasa Sakitnya Dihina..." - Precious Of Malaysia Iktiraf Bakat Pelajar IPT, Pertandingkan Di International Cultural Fashion Week!

gempak
03/08/2024
02:58 MYT
Empat IPT bertanding dalam International Cultural Fashion Week iaitu Universiti Teknologi MARA Shah Alam (UiTM Shah Alam), Taylor’s University, ESMOD Kuala Lumpur dan Kolej Komuniti Selayang