Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#OhAbeNik: Mengenang Kembali 5 Rekaan Ikonik, Avant-Garde Dramatik Mendiang Thierry Mugler

Amri Hassan
25/01/2022 15:33 MYT
Pereka fesyen Perancis, Manfred Thierry Mugler meninggal dunia pada Ahad di usia 73 tahun.

Berita kematian Mugler dikongsi pasukannya yang meletakkan petak hitam pada profil Instagram peribadi berserta kapsyen yang ditulis dalam bahasa Inggeris dan Perancis.

"Dukacita dimaklumkan pemergian Manfred Thierry Mugler pada Ahad, 23 Januari 2022. Semoga rohnya tenang," tulis kapsyen itu.

Bagaimanapun, punca kematian Mugler tidak dinyatakan.

Dilahirkan pada 21 Disember 1948, di Strasbourg, Perancis, Mugler mula berjinak dalam arena rekaan fesyen pada era 1970-an dan mula dikenali dengan reka bentuk avant-garde yang dramatik.

Beliau kali pertama 'bersara' dari dunia fesyen pada tahun 2002.

Pada tahun 2010, Mugler melancarkan semula jenama Clarins sebagai Mugler, yang kini berada di bawah arahan kreatif pereka Casey Cadwallader.

Mendiang telah beberapa kali keluar dari persaraan, antaranya ketika mencipta kostum untuk Jelajah Dunia I Am... Beyonce 2009.

Jom imbas semula beberapa rekaan ikonik mendiang Mugler sepanjang hayatnya.

#1 Cyborg

Rekaan popular Mugler pada tahun 1995 itu mengambil masa selama enam bulan untuk disiapkan.


#2 The Chimera Gown

La Chimere (koleksi musim luruh-sejuk 1997/1998) merupakan salah satu rekaan yang paling mahal pernah dihasilkan dalam sejarah fesyen dunia.

A post shared by Manfred Thierry Mugler (@manfredthierrymugler)



#3 Beyonce

Selain Lady Gaga, Mugler menjadi pereka fesyen yang membentuk era Sasha Fierce Beyonce.

A post shared by Beyoncé - Fan Account (@beyhive_pl)



#4 Kim K Met Gala

Pada 2019, dia mereka bentuk pakaian yang dipakai Kim Kardashian untuk Met Gala, yang diilhamkan oleh Sophia Loren dalam "Boy on a Dolphin".


#5 Cardi B, Birth of Venus

Cardi B menyarung rekaan ikonik Birth of Venus dari koleksi musim sejuk tahun 1995 untuk Grammy Awards 2019.

#Viral #Lady Gaga #Beyonce #Fesyen #Meninggal Dunia #Belasungkawa #Cardi B #Designer #RIP #Kim K #Oh Abe Nik #Thierry Mugler
;