Skip to main content

Viral

#OhAbeNik: 'Money Can't Buy Class' - Baju Mahal Nampak Murah Atau Lagi Mahal! Korang Kategori Mana?

baju-mahal-header.jpg

Nice so expensive.

Tiktok: Arifbunayya pic.twitter.com/4IqEMAscTP


Ya, memang benar ada yang kata duit tidak boleh membeli 'sense of style', namun jika itu yang menjadi kepuasan individu apa hak kita untuk menafikan pilihannya?

Sama seperti usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida pernah berkata ketika fesyennya diperlekehkan; "Orang yang tak mampu memanglah cakap ‘no class’, cuba kalau mampu, macam mana? High classlah!”

Jadi, tepuk dada tanya selera!



Kalau ditanya soal pengalaman dan pandangan peribadi pula, Abe Nik akan cuba meminimumkan kos untuk membeli pakaian sekiranya pakaian tersebut sifatnya bermusim dan tidak selalu dipakai untuk tugas harian. Itu sudah memadai...

Misalnya, membeli sut lengkap dari bundle untuk dipakai hanya sekali occasion.

Baju mahal atau murah, jika bijak gayakan dan sesuai dipadankan pada diri seseorang akan berada di tempatnya yang betul. Pakaian mahal akan nampak lagi mewah dan trendy kalau kena gayanya.

Nasihat Abe Nik, dapatkan jururunding gaya (stylist) jika berkemampuan atau banyakkan pemerhatian dan melihat cara menata gaya di majalah, media sosial atau platform lain. Jika ringan mulut, rajin-rajinkan bertanya.

Bagi Abe Nik, Individu yang meminimumkan pelaburan untuk memaksimumkan hasilnya adalah bertuah!

Tapi individu yang memaksimumkan pelaburan untuk melipatgandakan hasilnya adalah pintar!

Twitter: @naimazharrrr
Foto: Carian Google, Datuk Seri Vida (gambar sekadar hiasan)

***

NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.

Must-Watch Video

Advertisement