Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

#OhAbeNik: 'Money Can't Buy Class' - Baju Mahal Nampak Murah Atau Lagi Mahal! Korang Kategori Mana?

Amri Hassan 13/03/2021 | 11:46 MYT
Sebelum dunia diancam pandemik COVID-19, minggu Kuala Lumpur Fashion Week sekitar Ogos dan September akan menjadi medan perang fesyen jalanan.
Kaki lima Pavilion Kuala Lumpur jadi tumpuan segenap antusias fesyen tak kira muda atau tua untuk bergaya sakan. Semua tak nak kalah!
Masing-masing akan tampil dengan sentuhan dan eksplorasi fesyen sendiri. Abe Nik puji usaha masing-masing, tak kiralah dari trenchcoat hingga skirt tutu, ada menang gaya ada mangsa fesyen.
Terbaharu, tular pula sepotong video Outfit of the Day (OOTD) di TikTok, seorang jejaka yang berkongsi persalinan berserta nilai setiap helaiannya.
Nilai pakaian yang digayakan dalam video berkenaan difahamkan mencecah RM16,000.
Bagaimanapun, video terbabit mencetuskan ketegangan netizen. Ada yang berpendapat jejaka terbabit kalah gaya, ada yang beranggapan itu definisi kepuasan peribadinya.
Malah, ada juga yang membandingkan pakaian terpakai yang dibeli dari kedai bundle di tepi jalan jauh lebih bergaya dan punyai nilai estetik yang tinggi berbanding pakaian mahal, seperti ciapan pengguna ini:
Tiktok: Arifbunayya pic.twitter.com/4IqEMAscTP

— Naim Azhar (@naimazharrrr) March 11, 2021

Ya, memang benar ada yang kata duit tidak boleh membeli 'sense of style', namun jika itu yang menjadi kepuasan individu apa hak kita untuk menafikan pilihannya?
Sama seperti usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida pernah berkata ketika fesyennya diperlekehkan; "Orang yang tak mampu memanglah cakap ‘no class’, cuba kalau mampu, macam mana? High classlah!”
Jadi, tepuk dada tanya selera!
Kalau ditanya soal pengalaman dan pandangan peribadi pula, Abe Nik akan cuba meminimumkan kos untuk membeli pakaian sekiranya pakaian tersebut sifatnya bermusim dan tidak selalu dipakai untuk tugas harian. Itu sudah memadai...
Misalnya, membeli sut lengkap dari bundle untuk dipakai hanya sekali occasion.
Baju mahal atau murah, jika bijak gayakan dan sesuai dipadankan pada diri seseorang akan berada di tempatnya yang betul. Pakaian mahal akan nampak lagi mewah dan trendy kalau kena gayanya.
Nasihat Abe Nik, dapatkan jururunding gaya (stylist) jika berkemampuan atau banyakkan pemerhatian dan melihat cara menata gaya di majalah, media sosial atau platform lain. Jika ringan mulut, rajin-rajinkan bertanya.
Bagi Abe Nik, Individu yang meminimumkan pelaburan untuk memaksimumkan hasilnya adalah bertuah!
Tapi individu yang memaksimumkan pelaburan untuk melipatgandakan hasilnya adalah pintar!
Twitter: @naimazharrrr
Foto: Carian Google, Datuk Seri Vida (gambar sekadar hiasan)
***
NOTA: #OhAbeNik merupakan pandangan peribadi penulis dalam berkongsi tips atau ulasan tentang gaya hidup, hobi, fesyen dan kemahiran harian.

#Viral #Datuk Seri Vida #Gaya Hidup #Fesyen #Oh Abe Nik
;