#OhAbeNik: Sambut Ulangtahun Ke-60 Di Malaysia, Ini 5 Fakta Menarik Restoran Ke-100 A&W!
Amri Hassan
01/08/2023 12:18 MYT
01/08/2023 12:18 MYT
Perintis rangkaian makanan segera yang telah menawan hati rakyat Malaysia sejak 1963, A&W mengumumkan pembukaan restoran ke-100 di pusat beli-belah Sierra Fresco di 16 Sierra, Puchong South.
Sambutan penuh bermakna ini bersempena dengan ulang tahun ke-60 A&W di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang, berkongsi pandangan beliau tentang perjalanan luar biasa jenama A&W di Malaysia sejak pembukaan restoran pertamanya pada tahun 1963.
"Sejak 60 tahun lalu, A&W telah menyematkan jenamanya ke dalam hati, minda dan citarasa rakyat Malaysia merentasi pelbagai generasi. Namun, seiring dengan perubahan masa, kami turut berkembang untuk memenuhi keperluan generasi baru sambil mengekalkan ciri ikonik kami.
"Komitmen kami terhadap inovasi berterusan memberikan jaminan bahawa kami terus menyediakan tawaran yang menyegarkan kepada semua rakyat Malaysia.
"Tanpa dibuai dengan rasa selesa atas kejayaan masa lalu, A&W berharap untuk terus berkembang bersama Malaysia selama beberapa dekad dan juga generasi akan datang," katanya.
Hidangan-hidangan ini dihasilkan dengan teliti menggunakan bahan-bahan segar untuk memastikan tahap kualiti tertinggi.
Selain itu, A&W turut melancarkan restoran usaha niaga pertamanya di Kangar, Perlis (akan dibuka pada pertengahan Ogos 2023).
Pelanggan juga akan menyaksikan lebih banyak perkara menarik dari A&W untuk tempoh 12 bulan yang akan datang, termasuk rancangan untuk meluaskan kehadirannya di taman tema dan kawasan rehat dan rawat strategik di sepanjang lebuh raya utama.
Restoran Pandu-Lalu akan menjadi satu lagi tumpuan A&W bagi memenuhi trend dan permintaan semasa pelanggan.
Sambutan penuh bermakna ini bersempena dengan ulang tahun ke-60 A&W di Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif A&W Malaysia, George Ang, berkongsi pandangan beliau tentang perjalanan luar biasa jenama A&W di Malaysia sejak pembukaan restoran pertamanya pada tahun 1963.
"Sejak 60 tahun lalu, A&W telah menyematkan jenamanya ke dalam hati, minda dan citarasa rakyat Malaysia merentasi pelbagai generasi. Namun, seiring dengan perubahan masa, kami turut berkembang untuk memenuhi keperluan generasi baru sambil mengekalkan ciri ikonik kami.
"Komitmen kami terhadap inovasi berterusan memberikan jaminan bahawa kami terus menyediakan tawaran yang menyegarkan kepada semua rakyat Malaysia.
"Tanpa dibuai dengan rasa selesa atas kejayaan masa lalu, A&W berharap untuk terus berkembang bersama Malaysia selama beberapa dekad dan juga generasi akan datang," katanya.
1. Kekal konsep retro Amerika Syarikat
Restoran baru A&W di Sierra Fresco ini menampilkan konsep baharu yang mengujakan, menawarkan suasana gaya restoran retro Amerika untuk pengunjung menikmati menu klasik serta tawaran menu yang dikemas kini sesuai dengan citarasa generasi baharu.2. Inovasi kiosk tempahan sendiri
Kekal teguh kepada akar umbinya, A&W terus menyerapkan inovasi dalam tawarannya. Restoran ke-100 A&W dengan bangganya memperkenalkan kiosk tempahan sendiri yang pertama seumpamanya di mana-mana restoran A&W di Malaysia, membolehkan pelanggan memenuhi keinginan mereka dengan hanya beberapa klik untuk memesan hidangan mereka.3. Ada bar pencuci mulut, ada wafel & aiskrim
Untuk meningkatkan pengalaman pencuci mulut yang menjadi tarikan istimewa A&W sejak dahulu, restoran baru ini juga menampilkan bar pencuci mulut khas yang menyajikan hidangan lazat termasuk wafel dan aiskrim yang menjadi kegemaran ramai.4. Menu baharu Mozza Burger dan A&W Golden Aroma Chicken
Jenama itu memikat hati golongan belia Malaysia dengan menu baharu seperti Mozza Burger dan A&W Golden Aroma Chicken.Hidangan-hidangan ini dihasilkan dengan teliti menggunakan bahan-bahan segar untuk memastikan tahap kualiti tertinggi.
5. Akan buka restoran lapangan terbang pertama
Selain pembukaan restoran ke-100, A&W Malaysia juga telah membuka restoran A&W lapangan terbang pertamanya di balai berlepas antarabangsa Terminal 2 KLIA pada 11 Julai 2023 dan dijangka akan melihat lebih banyak restoran A&W dibuka di lapangan terbang tidak lama lagi.Selain itu, A&W turut melancarkan restoran usaha niaga pertamanya di Kangar, Perlis (akan dibuka pada pertengahan Ogos 2023).