Laman Utama

#OhAbeNik: Viral Juara Olimpik Ralit Mengait Tepi Kolam Renang, Lihatlah Hasil Seni Tom Daley Ni!

gempak
Amri Hassan
02/08/2021
14:50 MYT
Sponsor Banner
#OhAbeNik: Viral Juara Olimpik Ralit Mengait Tepi Kolam Renang, Lihatlah Hasil Seni Tom Daley Ni!
Kajian pada tahun 2019 mendapati aktiviti mengait dapat membantu mengurangkan depresi, anxiety, kesakitan kronik selain memperlahankan proses nyanyuk.
Maka tidak hairanlah atlet papan anjal dan pemenang pingat emas acara terjun serentak 10 meter platform lelaki Olimpik Tokyo, Tom Daley memilih hobi berkenaan.
Tular di media sosial ketika acara terjun final 3 meter papan anjal wanita semalam apabila Daley mencuri tumpuan dengan aksinya mengait sambil menonton acara tersebut.
Nampak tenang dengan jarum kaitnya, bintang Britain itu seakan-akan dalam dunianya sendiri, seperti sedang beristirehat di kediamannya tanpa mempedulikan orang sekeliling.
Sambil jari-jemarinya pula lincah menari menjalinkan benang-benang merah jambu dan biru.
Baru-baru ini juga tular videonya menghasilkan beg kecil untuk meletakkan pingat emas yang dimenanginya dengan hiasan corak bendera Jepun dan Union Jack.
Kata Daley, 27, ia bagi mengelakkan pingatnya tercalar!
"Belajar mengait telah membantu saya sepanjang Olimpik ini dan kami memenangi pingat emas baru-baru ini! Jadi, saya buatkan sarung untuk pingat ini juga," katanya.
Selain akaun Instagram rasminya, Daley turut memiliki akaun khas yang menghimpunkan hasil seninya menerusi @madewithlovebytomdaley.
Akaun Instagram yang memiliki lebih 414,000 pengikut itu telah memuatnaik lebih 50 jenis rekaan dan hasil seni mengait Daley sendiri.
Antara yang pernah dihasilnya Daley adalah jumper, kardigan, dres, stokin, topi, skaf dan patung mainan lembut.
Lebih murni apabila hasil daripada jualan karya seninya itu disumbangkan kepada pertubuhan kebajikan barah otak.
Jom tengok hasil mengait atlet kacak ini!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live