Penyampai radio dan pengacara Haziq Hussni mendedahkan dia kini sedang menyambung pelajaran dalam Sarjana Pentadbiran Perniagaan di Kolej Universiti Poly-Tech Mara Kuala Lumpur (KUPTM).

Menerusi kemas kini akaun Instagramnya, Haziq memberitahu kehidupan sebagai seorang pelajar telah bermula.

"Okay guys, I accepted it! Student life begins, again.

"Akak abang senior please jangan ragging saya," tulis Haziq bersama foto memegang surat tawaran di hadapan kolej.

Usaha dan semangat pengacara program Muzik-Muzik 33 itu mendapat pujian dan ucapan semoga berjaya daripada netizen.

Malah terdapat segelintir pengikut yang meminta Haziq berkongsi pengalaman bekerja sambil belajar.




Haziq mula aktif di industri hiburan pada tahun 2014 dan berjaya mengekalkan popularitinya sehingga kini.

Okay guys, i accepted it! Student life begins, again Akak abang senior pls jangan ragging saya ? #MBA #KUPTM @pengambilan.kptm

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hotfm) on