Pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pukul 6.30 pagi tadi.
Suaminya Ory Vitrio Abdullah mengesahkan berita tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya.
Bayi lelaki yang diberi nama Ibrahim Muhammad Abdullah itu dilahirkan dengan panjang 51sm (sentimeter) dan berat 3.7kilogram (kg).
Ory Vitrio bersyukur kerana anaknya selamat dilahirkan dan berharap puteranya itu dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Ory turut berkongsi foto saat isterinya melahirkan bayi mereka itu.
Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dah turut dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 2, dan Khadeejah Fatimah, 1.
Alhamdulillah, telah lahir anak ke 3 kami , Ibrahim Muhammad Abdullah, @ibrahimmuhammadabdullah pada hari Senin ,18 Desember 2017 pkl 6.30 pagi dengan panjang 51cm dan berat 3,7 kg. Semoga anak ini diberkahi dan dikaruniakan kebaikkan olehNya di tetapkanlah hatinya untuk beriman kepadaMu dan kepada rasulMu. jadikanlah dia anak yang sehat, sempurna, cerdas, cekatan, berilmu dan mengamalkannya. Ya Allah panjangkanlah umurnya, sehatkanlah badannya, baguskanlah akhlaknya, elokkanlah rupanya, fasihkanlah lisannya untuk membaca al Qur’an dan hadist dengan berkah pemimpin kami Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta Alam. Ory Vitrio Abdullah dan @okisetianadewi @ibrahimmuhammadabdullah Foto by @dierabachir
A post shared by Ory Vitrio Abdullah (@oryvitrio) on
Foto: Instagram Ory Vitrio Abdullah
Teks oleh: Syafiqah Jalal