Oki Setiana Dewi Selamat Lahir Anak Ketiga

Syafiqah Jalal
Disember 18, 2017 09:53 MYT
Pelakon Indonesia, Oki Setiana Dewi selamat melahirkan cahaya mata ketiga, pukul 6.30 pagi tadi.
Suaminya Ory Vitrio Abdullah mengesahkan berita tersebut menerusi akaun Instagram (IG)nya.
Bayi lelaki yang diberi nama Ibrahim Muhammad Abdullah itu dilahirkan dengan panjang 51sm (sentimeter) dan berat 3.7kilogram (kg).
Ory Vitrio bersyukur kerana anaknya selamat dilahirkan dan berharap puteranya itu dapat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.
Ory turut berkongsi foto saat isterinya melahirkan bayi mereka itu.
Pasangan ini bernikah pada tahun 2014 dah turut dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Maryam Nusaibah, 2, dan Khadeejah Fatimah, 1.
Foto: Instagram Ory Vitrio Abdullah
Teks oleh: Syafiqah Jalal
#Pelakon Indonesia #Bersalin #Oki Setiana Dewi