Selepas pelitup muka, oksimeter atau pulse oxymeter mungkin menjadi barangan paling laris ketika ini.

Ini kerana, alat ini mampu mengukur kadar oksigen di dalam darah terutamanya buat mereka dijangkiti Covid-19 dan terpaksa kuarantin di rumah.

Malah, ia juga menjadi alat yang berguna untuk mengesan gejala Happy Hypoxia.

Apa itu Happy Hypoxia?

Menurut seorang doktor dikenali sebagai Dr Samhan, penyakit tersebut dianggap sebagai pembunuh senyap covid!

Jelasnya, Hypoxia bermaksud apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.

“Kenapa dipanggil Happy Hypoxia? Ini kerana pesakit Covid-19 kelihatan tenang, normal dan ceria seperti biasa tetapi tahap oksigen mereka rendah.

“Mereka tidak menunjukkan sebarang gejala sukar bernafas walaupun tahap oksigen dalam badan rendah.

“Ini menyebabkan kekeliruan apabila doktor sukar mengenal pasti pesakit Covid-19 yang alami Hypoxia kerana otot pernafasan mereka tidak menunjukkan tanda sukar bernafas.

“Happy Hypoxia ini boleh menjadi pembunuh senyap kerana apabila masalah kekurangan oksigen ini,” katanya.

Tambahnya, jika tidak dapat dikesan dan dirawat lebih awal, pesakit Covid-19 boleh meninggal dunia.

“Sekiranya pesakit Covid-19 ini berada di hospital, maka Hypoxia boleh dikesan awal kerana tahap oksigen pesakit sentiasa dipantau setiap empat jam.

“Bagi pesakit Covid-19 yang dikuarantin dirumah, kalian digalakkan membeli Pulse Oximeter(gambar) untuk memantau tahap oksigen mereka dan segeralah ke hospital jika tahap bacaan oksigen kurang daripada 95 peratus.

“Bantu saya sebarkan dalam semua platform media sosia tentang info ini agar kes kematian di rumah disebabkan Covid-19 takkan berlaku lagi,” katanya.

Anda boleh lihat posting doktor Samhan di bawah atau sertai saluran telegramnya untuk lebih banyak maklumat mengenai kesihatan.




Get Outlook for iOS