Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Bawa Balik Gangsa Pertama Negara, Game Aaron-Wooi Yik Memang ‘Gila’

Maliah Surip
04/08/2024 14:48 MYT
Sebuah kebangkitan dan pertarungan ‘gila’ ditunjukkan pasangan lelaki beregu badminton negara, Aaron Chia - Soh Wooi Yik berjaya membenamkan impian Denmark apabila membawa pulang pingat gangsa pertama Malaysia.

Pasangan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen yang mendahului perlawanan pada set pertama bagaimanapun tewas tanpa diduga pada set kedua meski Aaron dan Wooi Yik ketinggalan tiga mata seterusnya terpaksa ‘berputih mata’ pada rubber set.

Persembahan Aaron - Wooi Yik sempat membuat seluruh rakyat Malaysia ‘gugur jantung’ kerana berjaya menukar skrip daripada seperti akan kalah kepada pemenang!

Pasangan negara memerlukan tempoh 74 minit menewaskan Anders Rasmussen-Kim Astrup, dalam aksi rubber set 16-21,22-20,21-19 di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.

Dengan kemenangan itu menyaksikan Aaron Chia-Soh Woi Yik berjaya mempertahankan pingat gangsa yang dimenanginya dalam edisi Tokyo 2020.

Seorang lagi wakil negara, Lee Zii Jia, bakal turun esok dalam perebutan pingat gangsa selepas tewas kepada wakil Thailand Kunlavut Vitidsarn petang tadi.
#Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Gangsa #Olimpik Paris 2024