Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Doa Isteri Mengiringi Impian AzizulHasni Awang - “Bawalah Pulang Emas Wahai Sang Juaraku”

Asyikin Mayudin
07/08/2024 05:20 MYT
Doa daripada isteri, Datin Athiah Ilyana Abd Samat mengiringi impian pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang dalam melunaskan pingat emas pertama Sukan Olimpik kepada Malaysia.

Menerusi temu bual bersama Stadium Astro, Athiah meluahkan rasa bangga kerana dapat menjadi tulang belakang kepada suaminya sejak Beijing 2008 sehingga kini.

"Saya cukup berbangga menjadi tulang belakang kepada awak sejak Beijing 2008 hingga sekarang, Paris 2024. Kita telah banyak berkorban dan ini pula adalah penyertaan terakhir Sukan Olimpik awak.

"Saya harap segala usaha dan pengorbanan anda akan dibalas dengan medal emas. Awak mempunyai sokongan dan kasih sayang saya. Saya tahu awak mampu melakukannya.

“Bawalah pulang emas wahai sang juaraku," katanya dalam satu rakaman kepada Stadium Astro.

Dialah individu paling banyak melihat kejerihan jaguh berbasikal trek kelahiran Terengganu itu dalam misi mengharumkan nama negara dan pentas National Velodrome, Paris 2024 menjadi medan terakhirnya untuk merealisasikan hasrat berkenaan.

Untuk rekod, Azizul dan Ilyana Athiah mendirikan rumah tangga sejak 2010 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini.

Sumber - Stadium Astro

#Atlet Negara #Azizulhasni Awang #Olimpik Paris 2024 #Datuk Azizulhasni #Isteri Azizulhasni Awang #Pelumba basikal trek negara