Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Kacau! Atlet Great Britain Dakwa Jumpa Cacing Dalam Makanan

Gempak
10/08/2024 01:29 MYT
Atlet renang Great Britain, Adam Peaty, berasa kecewa terhadap pihak penganjur Sukan Olimpik Paris 2024 kerana tidak berjaya menyediakan makanan yang cukup sihat buat para atlet.

Dia mengeluh dan mendakwa terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam makanan yang disediakan oleh pihak pengajur buat atlet di dewan makan.

"Saya menyukai makanan saya tetapi terdapat atlet yang menjumpai cacing dalam ikan mereka. Ia tidak cukup bagus.

"Pihak katering tidak cukup bagus dalam menyediakan makanan buat atlet untuk beraksi," katanya kepada USA Report.

Begitupun, pihak yang bertanggungjawab dalam penyediaan makanan menafikan dakwaan Adam Peaty dan menjelaskan bahawa tiada bukti jelas.

"Tiada bukti mengenai kenyataan yang dibuat itu, ia jelas menimbulkan dakwaan yang agak keras," katanya kepada TMZ Sports.

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Michelle Yeoh Lakar Sejarah Sampaikan Pingat Kepada Pemenang 3m Papan Anjal

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Jadi ‘Wajah’ AS, Snoop Dogg Terima Bayaran Jutaan Ringgit Sehari

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Pemain Hoki Australia, Tom Craig Ditahan Beli Dadah

BERITA TRENDING: Olimpik Paris 2024: Penembak Sensasi Korea Selatan Rebah Ketika Diwawancara


Saksikan aksi atlet Malaysia secara siaran langsung di Gempak.com. Ikuti perkembangan dan keputusan terkini Olimpik Paris 2024 di sini
#Sukan #Perancis #Makanan #Atlet #Cacing #Paris #Olimpik #Great Britain