Olimpik Paris 2024: Pernah Rogol Budak 12 Tahun, Pemain Bola Tampar Pantai Belanda Kena ‘Boo’
Maliah Surip
28/07/2024 23:55 MYT
28/07/2024 23:55 MYT
Temasya sukan Olimpik Paris 2024 yang sedang berlangsung tidak terlepas dengan kisah kontroversi.
Salah satunya adalah tentang pelepasan yang diberi kepada salah seorang pemain bola tampar pantai Nertherlands, Steven van de Velde.
Van de Velde membuat penampilan perdana dalam Olimpik di Paris selepas beberapa tahun keluar dari penjara.
Jenayah yang dilakukan lelaki berusia 29 tahun itu disifatkan berat.
Van de Velde pernah merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang dikenali menerusi Facebook pada tahun 2014.
Lelaki itu telah memberi pil dan minuman keras kepada kanak-kanak malang itu sebelum merogolnya.
Dia berusia 19 tahun sewaktu melakukan jenayah tersebut, lapor The Sun.
Perbuatan jahat itu dibalas dengan hukuman penjara selama empat tahun yang dijatuhkan pada 2016 selepas dia mengaku merogol budak bawah umur.
Bagaimanapun Van de Velde dilaporkan hanya menjalani hukuman penjara selama satu tahun.
Kini dia bersama pasukan bola tampar pantai negaranya beraksi di Olimpik.
Saat diperkenalkan kepada penonton sewaktu perlawanan Netherlands menentang Itali, Van de Velde menerima protes dalam kalangan penonton.
Dia antaranya telah ‘diboo’ oleh penonton yang menyifatkan seorang bekas perogol kanak-kanak tidak layak menjadi ikon terutama dalam temasya bertaraf dunia.
Namun kem bola tampar pantai Netherlands mempertahankan Van de Velde dengan mendakwa dia telah ‘bersih’ daripada jenayah dan layak untuk bermain untuk pasukan negara.
Atlet itu juga difahamkan tidak tinggal di Perkampungan Olimpik atas pilihan sendiri.