Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Olimpik Paris 2024: Selamat Tinggal Kota Cinta, Temasya Diakhiri Persembahan Hebat! Tom Cruise Siap Terjun Dari Bumbung Stadium

Gempak
12/08/2024 02:52 MYT
Selepas 16 hari dihidangkan aksi penuh memukau, Sukan Olimpik Paris 2024 akhirnya melabuhkan tirainya.

Pelbagai rekod dipecahkan dan sejarah tercipta dibuat di ibu negara Perancis itu, dan baton secara rasmi diserahkan kepada Los Angeles yang akan menjadi tuan rumah kepada temasya itu dalam masa empat tahun lagi.

Sebelum atlet dan peminat berkumpul di stadium terbesar negara, itu, obor Olimpik yang dibawa oleh perenang, Leon Marchand, sekali lagi menjulang di City of Light.

Dalam upacara penutup selama empat jam itu, penonton dihiburkan dengan persembahan Billie Eilish, Snoop Dogg dan Dr. Dre secara langsung dari Pantai Venice.

Setelah dikhabarkan akan memainkan peranan utama dalam prosiding di Paris, pelakon Hollywood, Tom Cruise, kemudian membuat kemunculan dengan lagak ngeri apabila terjun dari bumbung Stade de France sebelum berlalu dengan motosikal.

Lebih 10,500 atlet daripada 205 delegasi memenuhi stadium sambil pemenang pingat emas trampolin Pasukan Great Britain, Bryony Page dan Alex Yee, yang menggondol emas triatlon, menjalankan amanahnya sebagai pembawa bendera.

Thomas Bach mengisytiharkan temasya itu berakhir secara rasminya dengan penyanyi Perancis, Yseult, mempersembahkan persembahan dramatik "My Way" untuk mengakhiri majlis penutupan 2024 dengan nota penutup akhir diiringi bunga api di sekitar Stade de France.


Sumber: Stadium Astro
#Tom Cruise #Olimpik #Olimpik Paris 2024 #Penutup
;