Sukan
Olimpik Paris 2024: Selepas Kalahkan Israel, Atlet Judo Tajikistan Jerit Allahu Akbar!
Atlet Judo Tajikistan, Nurali Emomali mengelak untuk bersalaman dengan lawannya dari Israel di Olimpik Paris 2024.
Sebut Allahu Akbar lepas kalahkan Israel
Emomali bertemu Baruch Shmailov dari Israel pada pusingan 16 terbaik judo dalam kategori 66 kilogram (kg).Perlawanan yang berlangsung di Grand Palais Emphemere Ahad lalu menyaksikan musuhnya itu mengakhirkan kempen di Paris dengan kecederaan.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan memihak kepada Emomali apabila berjaya mengatasi Shmailov.
Emomali selepas itu terus meninggalkan arena usai pertarungan tanpa bersalaman dengan lawannya selain mengabaikan peraturan judo untuk bersalaman satu sama lain selepas bersaing.
Menurut laporan media, Emomali tidak hanya meninggalkan lapangan tanpa bersalam dengan Shmailov sebaliknya dia juga sempat mengangkat satu jari ke atas, membawa kepada makna simbol Tauhid, serta mengucapkan 'Allahu Akbar'.Sumber: Stadium AstroKARMA strikes Nurali Emomali from Tajikistan who REFUSED to shake hands with Israeli judo competitor Baruch Shmailov & shouted “Allahu Akbar" Nurali ended up with a dislocated shoulder crying on the mat ?? #OlympicGames#Olympics #JUDO #JudoOlympics pic.twitter.com/opREmu8RSS— Rosy (@rose_k01) July 28, 2024
Must-Watch Video