Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Olimpik Paris 2024: Tiada Rezeki Ke Final, Netizen Tetap Ucap Terima Kasih Pada Pearly Tan & M.Thinaah - “The Best So Far! Game Mantap, Fight Sampai Habis”

Mya Amri
02/08/2024 08:24 MYT
Menang kalah adat pertandingan, itulah yang dilalui oleh beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan dan M. Thinaah yang terpaksa akur apabila tewas dalam aksi debut mereka di temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

Game yang mantap, lawan sampai habis!


Pasangan ini tewas berdepan lawan dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan, dalam aksi rubber set 21-12,18-21-15-21 di Arena Porte de La Chapelle, yang berlangsung pada Jumaat.

Bagaimanapun usaha Pearly dan M.Thinaah yang tidak putus asa dan memberikan sehabis baik sehingga tamat perlawanan membuatkan netizen tersentuh.


Netizen ucap terima kasih


Malah media sosial di Malaysia kini dihujani dengan kata-kata semangat dan ucapan tahniah kepada pasangan beregu negara itu.

Rata-ratanya menyatakan rasa puas hati dan berbangga melihat aksi tangkas mereka berdua ketika berdepan pihak lawan.





Terdahulu, Pearly-Thinaah melakar sejarah apabila menjadi wakil negara pertama dalam beregu wanita melayakkan diri ke peringkat separuh akhir dengan kali terakhir pasangan beregu wanita adalah layak ke saingan suku akhir adalah ketika Vivian Hoo bersama Woo Khe Wei dalam edisi Sukan Olimpik Rio pada tahun 2016.

#badminton #Olimpik #Olimpik Paris 2024 #M Thinaah #Pearly Tan #Beregu Negara