‘Omelette’ Ala ANMUM Essential? — Ini Resepi Bijak Mommy Hanis Buka Selera Little Hero Yusuf
Syafiqah Jalal
15/02/2018 07:09 MYT
15/02/2018 07:09 MYT
Anda pasti tertanya-tanya, bolehkah makanan seringkas telur hancur membuka selera anak? Bolehkah menu mudah itu memberikan khasiat untuk menyokong tumbesaran dan perkembangan si manja?
Mommy Hanis Zalikha ada jawapannya.
Mengapa Kita Perlu Rangsang Otak Si Manja Seawal Mungkin?
Tahukah anda, otak manusia boleh diumpamakan sebagai sebuah rangkaian telefon yang kompleks dengan ibu sawat dan cabang-cabangnya? Berbagai-bagai rangsangan dan pengalaman akan disalurkan sebagai maklumat eletrik. Maklumat-maklumat ini akan diproses lalu disimpan di dalam cerebral cortex.
Pada usia 3 tahun, lebih kurang 1,000 trillion hubungan sel-sel otak telah terbentuk. Perkembangan hubungan sel-sel otak amat penting dalam perkembangan otak si manja kerana ia menyokong pembelajaran, memori dan keupayaan kognitif yang lain. Pengalaman yang berulang-kali mengukuhkan hubungan sel-sel otak dan menjadikannya kekal. Manakala, hubungan sel-sel otak yang jarang digunakan akan dicantas dengan proses ‘pruning’.
Rangsangan sensori seperti pendengaran, penglihatan dan sentuhan pada umur awal si manja akan menyokong perkembangan hubungan sel-sel otak. Ini amat penting dalam proses pembelajaran bahasa, matematik dan sains apabila anak membesar. Anak ini akan memiliki kemahiran-kemahiran unik seperti pantas baca (fast reading), mudah faham dan daya ingatan (memori) yang cemerlang.
Bagaimana Cara Merangsang Otak Si Manja?
Atas faktor inilah maka para ibu bapa perlu terus menerus merangsang dan mengajar si manja mereka dengan ilmu dan kemahiran seperti pertuturan dan kemahiran bahasa. Ia boleh dilakukan melalui percakapan dan tunjuk ajar dengan menggunakan gambar-gambar berwarna dan angka pada flash card.
5 Tips Mommy Hanis Rangsang Hubungan Sel-sel Otak Little Hero Yusuf
Kepintaran Little Hero Yusuf memang tidak dapat dinafikan. Ini rupanya amalan Mommy Hanis Zalikha yang boleh anda ambil sebagai panduan.
1. Sentuh dan Dakaplah Si Manja Anda Selalu
Jadikan amalan untuk membelai atau mendakap si manja anda selalu dan sekerap mungkin. Si manja yang selalu mendapat sentuhan kasih sayang daripada ibu bapanya semasa kecil, dikatakan dapat menghilangkan keresahan dan ketakutan dalam diri si manja. Kerana itulah kita selalu lihat Mommy Hanis dan Daddy Hairul selalu mendakap Little Hero Yusuf — tidak kiralah sewaktu sedang tidur mahupun berjaga.
2. Mommy Hanis Selalu Pamerkan Ekspresi Wajah Menghiburkan Kepada Little Hero Yusuf
Tahukah anda, si manja amat suka melihat ekspresi wajah? Si manja akan memalingkan wajahnya daripada melihat muka yang tidak memberikan sebarang animasi reaksi. Sebaliknya, si manja sangat teruja melihat wajah orang lain yang memberikan pelbagai mimik muka dan animasi menghiburkan.
3. Ciptalah Lagu Kanak-kanak Anda Sendiri
Selalulah merangsang si manja dengan bermain permainan berasaskan perkataan (wordplay games). Anda boleh menjadikannya sesi itu lebih menarik dengan mengubah wordplay games itu menjadi sebuah lagu atau puisi kanak-kanak. Aktiviti ini dapat merangsang kemahiran bahasa si manja.
4. Beri Inovasi Pada Dialog Watak Kartun atau Haiwan Kesukaannya
Jika si manja suka menonton rancangan kartun tertentu di televisyen atau YouTube, anda boleh meniru satu watak yang paling digemarinya. Ulangi dialog yang selalu disebut oleh watak tersebut. Tetapi inovasikanlah ia menjadi sebuah dialog baru yang lebih relevan dengan rutin hidup anak anda.
Atau jika anda ada memelihara haiwan peliharaan, galakkan si comel anda berinteraksi dan ‘bercerita’ kepada haiwan peliharaannya itu. Little Hero Yusuf contohnya, dia selalu mengembangkan imaginasinya dengan cara beriteraksi dengan Little Hero Bujibu Chempel.
Kaedah ini bukan saja menggalakkan anak kecil berkasih sayang, malah merangsang perkembangan pemikiran si manja sambil menjadikannya lebih kreatif.
5. Amalkan Pengambilan Susu Anmum Essential
Inilah sebabnya mengapa Mommy Hanis Zalikha memilih Anmum Essential untuk Little Hero Yusuf. Kini dengan Mind-Q Connect, ada DHA dan dua kali lebih Gangliosida (GA®), tanpa gula tambahan, supermom seperti Mommy Hanis tahu bahawa pengambilan susu Anmum Essential secara konsisten dengan diet seimbang, memenuhi keperluan pemakanan Little Hero Yusuf.
Pemakanan yang baik serta rangsangan positif sememangnya amat penting dalam menyokong hubungan sel-sel otak si manja.
Jom Kita Cuba Resepi Mommy Hanis
Netizen Malaysia pasti tahu betapa cekapnya Mommy Hanis kalau dia beraksi di dapur! Walaupun ada ‘percubaan-percubaan’ Little Hero Bujibu Chempel untuk mengalihkan perhatiannya, Mommy Hanis tetap fokus pada misinya untuk menyempurnakan hidangan keluarga.
Antara menu paling mudah namun amat berkhasiat kesukaan Little Hero Yusuf adalah Telur Hancur. Anda nak tahu resepinya?
Telur Hancur Ala Anmum Essential
Bahan-bahannya:
2 biji telur
50ml air suam
4 sudu susu tepung Anmum Essential (perisa biasa)
1 sudu tomato dipotong dadu
1 lobak merah dipotong dadu
Garam dan lada sulah secukup rasa
Ini Rupanya Rahsia Mommy Hanis Gandakan Khasiat Sarapan Little Hero Yusuf
“Inilah amalan Hanis. Hanis selalu pastikan menu telur omelet, sarapan pagi kesukaan Yusuf ini, bukan saja lazat dan mengenyangkan, tapi ada banyak khasiat untuk perkembangannya. Nak tahu rahsia Hanis? Hanis campurkan 4 sudu Anmum Essential ke dalam segelas air suam, kemudian kacau sehingga sebati.”
Tambah Mommy Hanis lagi, “Selepas itu, masukkan bancuhan susu Anmum Essential ke dalam telur yang sudah dipukul lalu sebatikannya sekali lagi. Selepas itu, anda bolehlah panaskan kuali. Masukkan bahan-bahan campuran tadi. Kacau sehingga masak. Hidangkan panas-panas. Mmm… Jangankan kata Yusuf, Daddy Hairul Azreen pun suka!”
Anak Anda Tak Suka Makan Sayur?
Baca Tips Mommy Hanis Ini
“Ini satu lagi helah untuk galakkan anak kecil suka makan sayur-sayuran. Hanis tahu Yusuf suka sangat makan telur hancur. Jadi Hanis ambil peluang ini untuk masukkan lobak merah dan tomato dalam ramuan telur hancur yang Hanis sediakan, barulah meriah!”
Menurut Mommy Hanis, amalkan selalu supaya anak kita faham, ramuan tersebut adalah satu ramuan ruji untuk dimakan setiap hari. Barulah tiada rasa aneh atau keliru jika anak kita mendapati ada sayur di dalam ramuan makanannya. Selamat mencuba.